top of page

'Pengalaman kerja di hospital kerajaan sedarkan saya perlu perubahan sistem'



Pengalaman Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa yang pernah berkerja di hospital kerajaan menyedarkan beliau bahawa sistem tersebut perlukan perubahan.


Hal itu dinyatakannya dalam catatan di Facebook selepas Kertas Putih Kesihatan yang beliau bentangkan di Dewan Rakyat petang tadi diluluskan.


"Dengan rendah hati, saya menzahirkan rasa syukur kerana Kertas Putih Kesihatan berjaya diluluskan di Dewan Rakyat.


"Saya lahir, belajar dan bekerja di hospital kerajaan. Saya membesar dan mendewasa di dalam sistem kesihatan negara.


"Pengalaman itu menyedarkan saya betapa sistem ini memerlukan perubahan. Ia memerlukan reformasi," katanya.


Menurut beliau, kertas putih itu adalah langkah pertama untuk membawa perubahan bermakna kepada sektor kesihatan untuk menjadi lebih baik daripada yang sedia ada.


"Tekad saya, Kertas Putih Kesihatan adalah langkah pertama dalam perjalanan panjang mereformasi sistem kesihatan negara.


"Demi para doktor yang melaburkan masa dan tenaga.


"Demi para jururawat yang memastikan sistem ini terus berfungsi dan bekerja.


"Demi ahli farmasi, para pegawai, warga sektor kesihatan dan rakyat Malaysia.


"Perjuangan mereformasi sistem kesihatan negara belum selesai. Ia baru bermula," kata Dr Zaliha secara bermadah.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page