Pengajian berasaskan pengalaman: Bagaimana Kementerian akan memudahkan penyertaan?



Konsep pengajian berasaskan pengalaman terdahulu atau APEL telah menjadi sebahagian daripada cara mendapatkan diploma atau ijazah di banyak negara maju.


Oleh itu, usaha Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia yang cuba untuk melaksanakannya di negara ini dialu alukan


Bagaimanapun, bagi Ahli Parlimen Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin (PH - Hang Tuah Jaya) pihak kementerian seharusnya mempermudah rakyat menyertai konsep pengajian sepanjang hayat tersebut, terutamanya melibatkan Ahli ahli Parlimen senior yang layak mendapat doktor falsafah sekiranya diambil kira tempoh pengalaman mereka di Parlimen.


"Permohonan ini (untuk ikuti kursus) mencecah 5,777 permohonan satu jumlah yang saya kira memberansangkan. Saya tanya adakah kementerian bersedia untuk mempermudahkan (masuk pengajian).


"Ahli Parlimen pula untuk menjalankan APEL ini, misalnya Ahli Parlimen Pokok Sena, beliau ada di Parlimen sejak 1999 lagi, dah 23 tahun. Boleh dapat doktor dalam sains politik, begitu juga Speaker dan Ahli Parlimen Kapar.


"Bagaimana pula kementerian memperkenalkan kelayakan micro credential sebagai tambahan kepada program akreditasi pembelajaran," kata Shamsul.


Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, bagi Ahli Parlimen yang mahu menjayakan APEL, maka agensi kerajaan akan menyediakan kemudahan untuk mereka.


"Kami juga ingin menyediakan kaunter khas kepada Ahli Parlimen (di bangunan Parlimen) yang berminat menyertai program ini, kalau diizinkan," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER