top of page

Penemuan penyu mati di Pulau Kapas: Lakukan siasatan segera - AMK Kemaman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 23, 2022
  • 1 min read


Penemuan bangkai penyu agar betina dikelar leher di Pualu Kapas, Terengganu kelmarin perlu disiasat segera.


Menurut Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kemaman, penyu yang menjadikan pantai Terengganu sebagai habitat tidak wajar dibunuh kerana haiwan tersebut dilindungi dan jumlahnya yang terhad serta boleh mengakibatkan kepupusan.


"Berhubung isu penemuan penyu betina mati di Pulau Kapas, AMK Kemaman menggesa Kerajaan Negeri Terengganu melakukan siasatan penuh berkenaan isu itu dengan kadar segera


"Menurut laporan pihak Astro Awani, bangkai penyu betina seberat 80 kilogram tersebut ditemui pada Khamis 21 Julai lalu dan dipercayai dibunuh oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


"Pihak kerajaan negeri Terengganu melalui pihak berkuasa dan juga jabatan perikanan negeri harus segera mengambil tindakan dan mengheret pesalah ke muka pengadilan dengan segera," kata kenyataan AMK Kemaman.


Menurut kenyataan itu lagi, Terengganu akan kehilangan sumber daya penarik utama pelancongan sekiranya penyu dibiarkan dibunuh tanpa pihak yang melakukannya dihukum.


"Penyu merupakan ikon dan juga warisan yang dibanggakan oleh rakyat Terengganu. Justeru itu, pemuliharaan spesis penyu di perairan Terengganu merupakan satu keutamaan bagi Kerajaan Negeri," kata Unit Penerangan AMK Cabang Kemaman itu lagi.


Kelmarin, bangkai penyu ditemui mati dikelar di lehernya dan didakwa oleh pihak pengkaji hidupan laut mungkin dibunuh oleh nelayan.


Kata pihak terbabit, nelayan mungkin membunuh penyu itu yang tersangkut di pukat mereka.


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page