top of page

Penduduk menang saman atas DBKL: Proses pendengaran awam perlu lebih bertanggungjawab - Nik Nazmi

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 8, 2022
  • 2 min read


Kemenangan yang diberikan oleh Mahkamah Persekutuan ke atas saman penduduk Taman Tiara Titiwangsa melawan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merupakan pengiktirafan kepada hak warga kota.


Menurut Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad, keputusan itu memberi gambaran jelas bahawa penduduk sebelum ini tidak diberikan hak sewajarnya untuk menyatakan bantahan berhubung sesuatu projek yang akan dibina di kawasan mereka.


"Saya ingin mengucapkan tahniah kepada penduduk Taman Tiara Titiwangsa di atas kemenangan ke atas DBKL di Mahkamah Persekutuan.


"Ini adalah pengiktirafan kepada kerja keras dan kesungguhan perjuangan penduduk.


"Mahkamah Persekutuan telah memutuskan bahawa rayuan DBKL tentang isu ini adalah sia-sia memandangkan Pelan Bandaraya Kuala Lumpur 2020 telah pun berkuatkuasa," katanya.


Kes penduduk Taman Tiara Titiwangsa lawan DBKL berpunca daripada sikap pihak berkuasa yang tidak menyediakan Laporan Kajian Penilaian Impak Trafik (TIA), Laporan Kajian Penilaian Kesan Sosial (SIA) dan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi memudahkan penduduk melakukan bantahan.


Sebelum ini, Mahkamah Rayuan telah memutuskan pendengaran awam mengenai pembangunan telah dilakukan secara tidak wajar kerana penduduk tempatan tidak dapat mengemukakan bantahan mereka di bawah Kaedah 5 Akta Perancangan Wilayah Persekutuan 1982, yang membolehkan penyertaan awam dalam sebarang perancangan dan kawalan pembangunan oleh kerajaan.


"Pada 2019, saya mengkritik DBKL kerana merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan pendengaran bantahan awam untuk projek di Taman Tiara batal dan tidak sah kerana tidak dijalankan dengan sempurna.


"Saya tekankan DBKL sepatutnya memperbaiki cara melaksanakan bantahan, bukannya merayu keputusan mahkamah," kata Nik Nazmi.


Namun apabila DBKL terus merayu keputusan mahkamah, warga kota tertanya tanya mengapakah pihak berkuasa terus menggunakan peruntukan dana awam untuk meneruskan proses mahkamah yang menelan kos tinggi.


"Pada April tahun ini, bersama-sama warga Taman Tiara Titiwangsa kami bertanya berapakah jumlah wang yang dibelanjakan DBKL di dalam melantik peguam luar dalam kes-kes Taman Tiara Titiwangsa dan mengapakah DBKL bertegas merayu kes yang telah dimenang oleh penduduk?


"Antara 2018 hingga 2021, DBKL membelanjakan RM1.1 juta fi guaman terhadap penduduk di dalam kes Taman Rimba Kiara, termasuk RM433,000 kepada seorang mantan hakim kanan untuk mewakili DBKL di Mahkamah Rayuan.


"Wang rakyat tidak patut digunakan untuk peguam-peguam yang mahal dalam kes yang telah diputuskan bukan sahaja oleh mahkamah biasa, malah Mahkamah Rayuan.


"Sebaliknya, wang sama patut untuk faedah warga kota terutamanya golongan miskin bandar," kata Nik Nazmi lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page