top of page

Penduduk Kampung Setia Jaya mohon campur tangan PM



Kira-kira 500 penduduk Kampung Setia Jaya, Setapak Kuala Lumpur meminta campur tangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu mereka.


Penduduk terbabit memaklumkan telah menerima arahan mahkamah pada minggu lalu untuk mengosongkan rumah mereka dalam tempoh 18 bulan selepas pemilik tanah yang merupakan sebuah institusi pendidikan tinggi menggunakan saluran mahkamah untuk arahan pengosongan tanah


Penduduk, Zainal Abidin Napi, 65, melalui sidang media semalam berkata, beliau bimbang kini isu tersebut akan diperbesarkan pihak tertentu sehingga mencetus polimik perkauman.


"Saya seru kepada semua pemimpin besar, Perdana Menteri pun saya seru. Jangan biarkan isu ini berpanjangan dan jangan sampai isu kampung ini jadi isu perkauman.

"Kami tak mahu panjangkan isu sehingga mencetuskan perkauman. Kita mahu ambil jalan penyelesaian situasi menang-menang. Kami tidak mahu ditindas dan kami bukannya penceroboh," katanya dipetik.


Zainal turut menambah, perkampungan itu sudah diteroka sekitar awal 1970-an selari program Buku Hijau saranan Perdana Menteri ketika itu, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein sehingga dinamakan Kampung Melayu Bumi Hijau (KMBH) sebelum ditukar nama kepada Kampung Setia Jaya.


Sebagai rekod, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa yang baru dilantik telah mengadakan pertemuan bersama penduduk terbabit minggu lalu.


Justeru beliau sedang merancang untuk mengadakan perjumpaan dengan TARC Education Foundation sebagai pemilik tanah dalam masa terdekat bagi mencari titik tengah untuk menyelesaikan isu tersebut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page