top of page

Penduduk Kampung Indian Settlement setuju pembangunan semula

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Dec 19, 2025
  • 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman


Seramai 44 keluarga di Kampung Indian Settlement di Gombak pada dasarnya bersetuju dengan cadangan pembangunan semula kawasan itu oleh Kerajaan Negeri Selangor


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, persetujuan itu dicapai hasil sesi libat urus bersama penduduk dan agensi berkaitan yang dipengerusikannya baru-baru ini bagi memastikan pembangunan dilaksanakan secara tersusun, telus serta mengambil kira pandangan penduduk.

"Proses ini juga penting supaya hasrat ini tidak diputarbelitkan sebagai isu perkauman mahupun penindasan," katanya dalam kenyataan.


Amirudin sementara itu menegaskan, proses pembangunan semula termasuk pembinaan jalan sepanjang 2.5 kilometer itu penting kerana sebahagian rumah penduduk dikesan didirikan atas tanah rizab jalan selain lot tapak kediaman tidak sepadan dengan geran tanah.


Selain itu, kawasan berkenaan juga terdedah kepada risiko banjir berikutan ketiadaan penampan jalan, selain sistem saliran asas yang tidak mampu menampung takungan air hujan.


"Jika situasi tersebut tidak diselesaikan, beberapa isu termasuk tiada akses jalan sewajarnya serta isu pindah milik sekiranya tanah ingin dijual (terus menjadi masalah)," katanya.


Sehubungan itu Amirudin Amirudin memaklumkan, Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Gombak telah mengadakan rundingan dengan Syarikat Perumahan Negara Berhad bagi membina rumah lebih selesa namun kos serta mekanisme pembayaran mampu dibayar penduduk.


"Proses ini akan bermula selepas perayaan Thaipusam bagi menghormati keperluan persiapan perayaan dan memberikan tempoh secukupnya kepada penduduk.


"Kerajaan Negeri akan membantu meringankan beban kos sewaan 44 keluarga ini dalam tempoh pembinaan jalan, saliran, jalan serta usaha tebatan banjir," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page