top of page

Penduduk Gurun 'terseksa' bekalan air sering terputus



Lapan bulan selepas kemenangan 'gemilang' Pas di Kedah pada pilihan raya negeri Ogos 2023, penduduk mula melihat kelemahan menyolok mata pentadbiran Kerajaan Negeri Perikatan Nasional itu.


Bagi Penyelaras DUN Gurun, Firdaus Johari, masalah tekanan air rendah dan bekalan air terputus terus menerus berlaku membuat penduduk, khususnya di Taman Murni, terseksa menempuh Ramadan kali ini dalam keadaan gangguan bekalan air.


"Lewat petang kelmarin saya dihubungi oleh wakil penduduk Taman Murni, Gurun bagi adakan pertemuan agar mereka dapat menyuarakan mengenai masalah bekalan air yang makin meruncing di kawasan itu.


"Saya kemudiannya hadir bertemu dan mengadakan sesi dialog bersama penduduk bagi mendengar dan mendapatkan maklumat berkaitan isu bekalan air.


"Rata-rata penduduk di sini menyuarakan rasa 'terseksa' dan marah apabila terpaksa terus berdepan dengan masalah bekalan yang berlarutan sekian lama. Ini ditambah pula rasa tidak puas hati mereka mengenai jadual penghantaran bekalan air yang tidak menyeluruh," kata Firdaus.


Menurut beliau, kondisi gangguan bekalan air di taman perumahan tersebut agak buruk kerana terdapat penduduk yang terpaksa mandi di sungai, di tempat rehat dan rawat (R&R) atau menumpang mandi di rumah saudara mara mereka di luar Gurun berikutan bekalan air cuma dihantar dua hari sekali.


Dalam pertemuan tersebut Firdaus berjanji akan segera bertemu Pengurus Besar SADA bagi menyampaikan kegelisahan penduduk.


Katanya, suara mereka akan dibawa ke agensi kerajaan negeri untuk mencari jalan penyelesaian.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page