top of page

Penduduk Gurun dijemput hadir Karnival Kita Madani

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 8, 2023
  • 1 min read


Rakyat sekitar DUN Gurun dijemput menghadiri Karnival Kita Madani yang bakal dianjurkan pada 11 Jun ini.


Penyelaras DUN Sungai Petani, Firdaus Johari berkata, karnival anjuran bersama Pusat Khidmat Rakyat DUN Gurun dan Pejabat Penerangan Daerah Yan itu akan berlangsung di Bedong, Gurun antara jam 4 petang hingga 12 malam.


Katanya, pelbagai acara menarik turut disediakan pada karnival itu antaranya Jualan Rahmah, Persembahan PENTARAMA oleh Jabatan Penerangan dan Kenduri Rakyat.


Turut dijadualkan adalah pameran dan konvoi motorsikal, dialog anak muda dan penyampaian sumbangan kepada golongan asnaf.


Kuanter bergerak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) juga akan dibuka sepanjang acara.


"Semoga program Karnival Kita Madani ini bukan sahaja menawarkan penjualan barangan keperluan pada harga Rahmah, tetapi turut memperkasakan penyampaian perkhidmatan kerajaan terus kepada masyarakat setempat selain dapat mengukuhkan hubungan baik antara pemimpin dan rakyat dari pelbagai kaum," katanya melalui hantaran di Facebook.


Beliau sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama ahli jawatankuasa serta sukarelawan program karnival yang turut disertai sukarelawan dari parti parti dalam kerajaan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page