top of page

Penduduk Gemas dijangka nikmati manfaat projek Landasan Berkembar



Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang dijangka siap sepenuhnya April 2025, diyakini memberi impak positif dalam memacu pembangunan daerah berkenaan.


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun yakin Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru (PLBEGJB) yang dijangka siap sepenuhnya April 2025 akan memberi impak positif dalam memacu pembangunan daerah Gemas.


Berucap pada Majlis Perhimpunan Jabatan Daerah Tampin pada Isnin, Aminuddin berkata, ia akan menjadi tumpuan memandangkan kedudukannya yang bersebelahan dua buah negeri lain.


"Sesuai dengan kedudukannya yang bersempadan antara Negeri Sembilan, Melaka dan Johor, ia akan menjadi tumpuan masyarakat dari negeri jiran sekiranya mempunyai tarikan dan kemudahan yang terbaik dan menarik.


"Tampin akan terus membangun dengan baik apabila projek ini siap menjelang tahun hadapan sekali gus bakal memberi impak yang tinggi kepada kepentingan penduduk daerah itu," katanya dipetik dalam majlis yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Zafir Ibrahim serta Pegawai Daerah Tampin, Mohd Fadhil Hassan itu.


Projek landasan berkembar sepanjang 192 kilometer itu, akan melalui 11 stesen dengan tren berkuasa 25,000 voltan bergerak selaju 140 kilometer sejam dengan anggaran masa perjalanan dari KL Sentral ke JB Sentral adalah 3 jam 30 minit.


Aminuddin memaklumkan, ia kini sudah 92 peratus siap dan apabila siap kelak ia membolehkan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) dihubungkan dari Padang Besar, Perlis ke Johor Bahru, Johor.


Sementara itu beliau yang juga ADUN Sikamat itu turut memaklumkan, Tampin pernah diiktiraf oleh PlanMalaysia sebagai daerah paling bahagia dalam Kajian Indeks Kebahagiaan 2021 dengan peratus paling tinggi iaitu 99.5 peratus.


Beliau berkata, pengiktirafan itu secara tidak langsung meletakkan satu jenama yang ada pada daerah ini dan perlu dipertahankan melalui pembangunan yang menjurus kepada usaha meningkatkan kemudahan serta perkhidmatan di setiap komuniti.


"Walaupun Tampin bukanlah bandar besar, tapi kerajaan negeri tidak mahu ia ketinggalan berbanding dengan bandar lain di negara ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page