top of page

Krisis takhta: 'Langkah biadab, tidak ada tamadun, saya bantah keras' – PM

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
20 minutes ago
1 min read
PM Anwar menjelaskan pendirian beliau sewaktu diterumarah media dalam perjalanan ke Hangzhou
PM Anwar menjelaskan pendirian beliau sewaktu diterumarah media dalam perjalanan ke Hangzhou

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoalkan mandat Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim dan barisan Exco negeri mempertikaikan kedudukan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.


Anwar berkata, tindakan MB dan Exco menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar, Tuanku Muhriz sebagai biadab dan tidak bertamadun.


"Menteri Besar dan Exco yang membuat keputusan, ini langkah biadab, tidak ada tamadun dan saya bantah keras. Sejak bila mereka ada mandat nak pertikai kedudukan Raja?" katanya dipetik BH Online.


Beliau berkata demikian ketika ditemui media dalam perjalanan menaiki kereta api laju dari Shanghai menuju Hangzhou, hari ini.


Anwar berkata, keputusan beliau menghadap Tuanku Muhriz baru-baru ini dibuat berdasarkan kedudukan baginda sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan yang sah.


PM juga menegaskan Kerajaan Persekutuan tidak campur tangan dalam isu penurunan takhta Raja yang disifatkannya bukan perkara mudah.


Jelasnya, walaupun kuasa menurunkan takhta Yang di-Pertuan Besar tertakluk kepada keputusan Undang Luak, keputusan berkenaan tidak bersifat mutlak dan perlu mengikut peraturan.


"Saya hormati Undang, sebahagiannya saya kenal baik. Tapi dia kena faham, kita tak campur. Tapi kita kena jaga negara. Keselamatan negara, institusi, itu tanggungjawab kita. Jangan dia kata tak boleh campur, bukan campur.


"Tak boleh Undang buat keputusan, tapi Undang buat keputusan itu bukan mutlak, dia kena ikut juga peraturan. Sekarang kita dengar dua-dua, ada dua pihak, satu Undang kata dia Undang, ada Undang kata tak.


"Kita ada Luak dan pandangan kata sebaliknya. Jadi saya kata, putuskan dulu. Kalau semua Undang sudah ikut proses yang betul dan Undang dilantik dia buat keputusan, itu luar daripada bidang kuasa saya," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page