top of page

PH belum putus kerjasama PRN Melaka, serah kepada jawatankuasa - PM

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
37 minutes ago
1 min read
DS Anwar ditemuramah media dalam keretapi laju bergerak dari Shanghai ke Hangzhou. Foto PMO
DS Anwar ditemuramah media dalam keretapi laju bergerak dari Shanghai ke Hangzhou. Foto PMO

Pakatan Harapan (PH) masih belum memuktamadkan bentuk kerjasama politik bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari telah diberikan tanggungjawab untuk mengadakan rundingan berhubung perkara itu dengan mana mana parti yang berpotensi.


Katanya, PH perlu bersikap terbuka untuk berbincang dengan mana-mana pihak yang menyatakan kesediaan bagi meneroka ruang kerjasama.


"Saya tugaskan saudara (Datuk Seri) Amirudin Shari dan sekarang dia bincang. Kita ini jangan sombong. Kalau orang kata sedia bincang, kita bincang. Itu cara orang politik.


"Ada orang kata, oh ini kita tak (mahu), mana ada. Bincang permasalahannya. Setuju atau tidak setuju, itu pulang (terserah) kepada jawatankuasa," katanya kepada dipetik TV3 ketika dalam perjalanan menaiki kereta api laju dari Shanghai ke Hangzhou, hari ini.


Mengulas perkembangan rundingan dengan mana mana parti Bersatu, Anwar mengesahkan tiada sebarang ketetapan muktamad dibuat PH dalam menentukan sebarang kerjasama.


Pengarah Pilihan Raya PH, Amirudin sebelum ini berkata kerjasama PH Plus lebih sesuai dilihat sebagai persefahaman pilihan raya berbanding pembentukan gabungan politik baharu berikutan tempoh persiapan yang semakin singkat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page