top of page

Penduduk DUN Sentosa buat laporan polis kerajaan PN cuai tangani Covid 19

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Aug 4, 2021
  • 2 min read

Penduduk DUN Sentosa, Selangor bersama Ahli Dewan Negeri, Dr Gunaraj George (gambar, empat dari kiri) telah membuat laporan polis berikutan kecuaian kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal wabak Covid 19 sehingga mengorbankan banyak nyawa.


Menurut Dr Gunaraj, penduduk di kawasannya gusar kerana kerajaan tidak mempunyai pelan mengawal penyakit berjangkit yang boleh diharapkan selepas jangkitan Covid 19 melepasi 17,000 sehari.


"Sebagai rakyat Malaysia saya berasa sungguh gusar dengan kes harian dan kematian akibat positif Covid 19 yang tinggi. Kes harian positif Covid 19 sentiasa melepasi angka 10,000 manakala angka kematian yang sentiasa melebihi 100 orang setiap hari walaupun negara dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan.


"Bermula 13 Januari yang lalu, Kerajaan telah mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan atau PKP di Negeri Selangor.

"Sepanjang tempoh pelaksanaan PKP kali ini, Kerajaan melaksanakan larangan rentas negeri dan daerah kecuali untuk tujuan bekerja, rawatan perubatan serta pergerakan barangan dan perkhidmatan bagi sektor-sektor ekonomi perlu. SOP yang lebih ketat juga telah dikuatkuasakan termasuk melarang dine-in di restoran, menghalang hampir semua aktiviti sukan dan sosial serta menutup operasi perniagaan tertentu.


"Namun dengan pelaksanaan PKP dan Proklamasi Darurat hasilnya sangat mendukacitakan apabila kes harian positif Covid 19 dan kes kematian terus meningkat. Jumlah Komulatif kes positif Covid 19 hari ini telah melepasi angka 1 juta. Adalah jelas bahawa tindakan-tindakan yang dilakukan oleh Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia dalam menangani wabak Covid 19 ini telah gagal," katanya.


Oleh itu, kata Dr Gunaraj, kerajaan PN perlu disiasat kerana kecuaian dalam menjaga kesihatan awam dengan pendekatan cuai yang dilakukan menyebabkan sistem kesihatan semakin teruk serta gagal merawat pesakit Covid secara sebaik-baiknya.


"Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan negara, saya berpendapat Kerajaan hari ini cuai dan tidak menjalankan tanggungjawab dengan tuntas untuk menjaga keselamatan dan nyawa rakyat. Saya juga berasa nyawa, keselamatan diri dan keluarga saya tidak terjamin di bawah pentadbiran PM Tan Sri Mahiaddin Yassin.


"Oleh yang demikian, saya membuat laporan polis ini bagi memohon supaya satu siasatan dibuka terhadap PM selaku ketua eksekutif, Datuk Seri Dr Adham Baba selaku Menteri Kesihatan, menteri-menteri kabinet yang terlibat, dan mana-mana individu yang terlibat dalam kecuaian jenayah ini menurut peruntukan Kanun Keseksaan dan di bawah peruntukan undang-undang lain yang berkaitan," katanya lagi.


Sebanyak lebih 15 orang dari pelbagai kawasan telah hadir ke balai polis bersama Dr Gunaraj dalam menyempurnakan laporan berkenaan sebagai menunjukkan rasa amat dukacita terhadap kecuaian kerajaan PN.

ความคิดเห็น


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page