top of page

Penduduk diseru lapor segera aktiviti pembakaran terbuka

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang menyeru kerjasama orang ramai untuk melaporkan aktiviti pembakaran terbuka kepada pihak berkuasa.


Chua Wei Kiat (gambar) menerusi perkongsian di laman Facebooknya berkata pembakaran terbuka bukan sahaja menghasilkan asap dan bau tidak menyenangkan yang boleh menjejaskan kesihatan malah berisiko menyebabkan kebakaran.


"Jangan biarkan satu api kecil membawa pencemaran kepada seluruh kawasan.


"Pembakaran sampah boleh menyebabkan jerebu dan asap berbahaya, pencemaran udara serta risiko kesihatan," tegasnya.


Malaysia sedang berdepan keadaan cuaca lebih kering, taburan hujan di bawah paras biasa susulan fenomena yang sedang melanda rantau ini.


Jabatan Alam Sekitar (JAS) sebelum ini memberi peringatan agar orang ramai tidak melakukan pembakaran terbuka yang mencemarkan udara.


Agensi itu turut menegaskan, keadaan suhu tinggi dan kering menjadikan persekitaran mudah terbakar walaupun dengan percikan api kecil.

Sementara itu Wei Kiat menyarankan supaya aduan berkaitan pembakaran disalurkan kepada Jabatan Alam Sekitar di talian 03-8889 1972 atau hotline 1-800-88-2727.


Beliau turut meminta saksi pembakaran terbuka supaya mencatat lokasi, tarikh dan masa kejadian selain mengambil gambar atau video sebagai bukti sebelum membuat aduan kepada pihak berkuasa berkaitan.


"Sekiranya api semakin marak atau keadaan menjadi berbahaya, sila hubungi 999 atau pihak bomba dengan segera," katanya.


Menerusi hantaran sama, beliau menyeru penduduk menguruskan sampah dengan cara yang betul bagi memastikan kebersihan dan keselamatan komuniti terus terpelihara.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page