top of page

Penduduk Bachok terjejas banjir air termenung terima sumbangan



Banjir air termenung telah dialami oleh sebahagian penduduk Daerah Bachok, Kelantan sejak beberapa tahun lalu.


Bagi Naib Ketua Cabang 1 KEADILAN Bachok, Mohamad Zulfadly Ruslan (gambar, empat dari kanan), telah banyak aduan yang dibuat oleh penduduk kepada agensi Kerajaan Persekutuan namun hanya pada waktu ini pembelaan mula diberikan dengan para mangsa.


Zulfadly yang mewakili Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata demikian baru baru ini ketika memberi sumbangan kepada wakil penduduk Mukim Alor Bakat, Darus Daud.


"Masalah banjir air termenung di kawasan ini telah berlarutan hampir 5 tahun tanpa ada perhatian yang khusus daripada pemimpin masyarakat setempat


"Permasalahan ini akan saya dipanjangkan kepada pihak berwajib dan juga Jabatan Pengairan dan Saliran agar dibina satu sistem perparitan yang lebih baik dan sempurna di sini," katanya yang juga Pengerusi Pertubuhan Anak Jati Bachok.


NGO Anak Jati Bachok sebelum ini aktif dalam mencari jalan bagi menangani isu-isu dan permasalahan yang dihadapi penduduk khususnya di daerah berkenaan.


Keanggotaan pertubuhan itu sehingga ke hari ini telah mencecah 2,000 orang ahli.


Dengan keprihatinan Kerajaan Perpaduan mengatasi masalah rakyat, tambah Zulfadly, beliau berazam mahu menyelesaikan isu banjir tersebut seberapa segera yang boleh. Di samping beliau berharap penduduk di kawasan itu akan memberi sokongan yang betul dalam Pilihan Raya Negeri pada Julai nanti bagi memudahkan usaha mendapatkan peruntukan Kerajaan Persekutuan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page