Pendirian teguh rakyat Malaysia sokong Palestin membanggakan - Duta
- Suara Keadilan

- Aug 27
- 1 min read

Oleh: Akmal Manaf
Sokongan padu dan konsisten yang dizahirkan Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin selama ini mendapat penghargaan istimewa daripada Duta Palestin ke Malaysia, Walid Abu Ali.
Katanya, ke mana jua beliau melangkah dan dengan sesiapa sahaja yang ditemui, pasti terpancar solidariti yang teguh, sokongan yang tidak pernah luntur serta kasih sayang mendalam terhadap Palestin.
"Sepanjang tujuh tahun berada di negara ini (Malaysia), isu Palestin adalah antara isu yang sangat dekat di hati rakyat pelbagai lapisan masyarakat.
"Pendirian moral yang teguh, selain perpaduan dan kemanusiaan yang ditunjukkan oleh rakyat Malaysia merupakan sesuatu yang amat membanggakan dan dihargai oleh Palestin.
"Saya juga sangat kagum dengan semangat rakyat Malaysia yang sanggup mengetepikan semua perbezaan untuk berdiri teguh dan bersolidariti dengan Palestin," katanya.
Walid berkata demikian dalam ucaptama sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2025 yang dimuat naik Bernama.
Dalam masa yang sama, Walid menzahirkan rasa kagum apabila menyaksikan bahawa ini antara keindahan Malaysia, sebuah negara yang mampu dipersatukan oleh isu Palestin.
"Malaysia yang dihormati, di Hari Kemerdekaan yang mulia ini, saya dengan tulus mengucapkan Selamat Hari Merdeka dan Selamat Hari Malaysia.
"Moga Malaysia terus maju dan diberkati.. saya juga ingin merakamkan penghargaan atas sokongan berterusan kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap perjuangan rakyat Palestin.









Comments