top of page

Pendirian PM kecam serangan ke atas Iran bukti tidak tunduk kepada AS

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 13h
  • 2 min read

Dakwaan pembangkang kononnya Malaysia tunduk kepada tekanan Amerika Syarikat (AS) amat tidak berasas dan terbukti tidak benar dalam konflik terbaharu di Asia Barat.


Menurut Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar), naratif pembangkang beberapa bulan lalu kononnya Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akur dengan arahan Amerika Syarikat berkaitan Agreement On Reciprocal Tariffs (ART) hari ini terbukti sebaliknya.


Kata beliau, PM bukan sahaja tidak menyokong AS menyerang Iran sebagaimana sepatutnya sebagai sekutu utama malah mengecam tindakan berkenaan sebagai tidak berperikemanusiaan.


"Beberapa bulan lalu, pihak pembangkang memainkan naratif seolah-olah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim tunduk dengan arahan Amerika Syarikat berkaitan ART.


"Kompetensi penjawat awam juga dipertikaikan, dan gambaran diberikan seolah-olah kita sanggup menggadaikan kedaulatan negara apabila berdepan tekanan AS," kata Amidi dalam satu kenyataan.


Bagaimanapun kata beliau, kenyataan tegas Anwar yang mengecam tindakan luar batas AS bersama rejim Israel menjadi bukti bahawa kerajaan berpegang kepada prinsip kemanusiaan dan kedaulatan negara.


Ujar Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN itu, dalam situasi geopolitik yang kompleks, Malaysia tetap menyatakan pendirian tegas terhadap isu antarabangsa terutama kekejaman kuasa besar terhadap Iran biarpun berdepan risiko yang bukan sedikit.


"Dalam situasi di mana negara jiran Iran sendiri membisu dan berbelah bahagi dalam menyatakan pendirian, Malaysia berdiri bersama Iran bukan sahaja sebagai negara Islam tetapi juga atas nilai kemanusiaan," katanya.


Tambah beliau, Anwar juga merupakan antara pemimpin awal di Asia Tenggara yang menyatakan pendirian negara dan membawa usul ke Parlimen Malaysia untuk mengutuk tindakan ketenteraan terbabit.


"Dalam ucapannya di Parlimen, beliau menyatakan dengan penuh berani dan yakin bahawa Malaysia sebagai negara yang berdaulat mengecam sekeras-kerasnya tindakan yang membelakangi undang-undang antarabangsa," katanya.


Oleh itu, ujar Amidi, pendirian tegas tersebut telah menepis dakwaan pembangkang yang cuba menggambarkan pentadbiran Malaysia mengikut telunjuk AS atau menjadi agen asing.


"Pendirian ini sekaligus menepis permainan persepsi dari pembangkang yang ketandusan idea untuk mengkritik kepimpinan negara pada masa kini," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page