top of page

Pendirian Malaysia anti genosid jelas biarpun bukan negara anggota ICJ



Pendirian Malaysia jelas dalam isu keganasan Israel ke atas rakyat Palestin meskipun negara ini bukan anggota Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) kerana tidak meratifikasi ICERD akibat dibantah oleh pembangkang pada 2018 lalu.


Perdana Menteri (PM) Datuk seri Anwar Ibrahim dalam sesi Pertanyaan Perdana Menteri (PMQ) di Dewan Rakyat hari ini berkata, walaupun ada keterbatasan bagi Malaysia namun beliau telah berbincang dengan negara yang merujuk Israel ke ICJ seperti Afrika Selatan dan beberapa negara lain berhubung isu tersebut.


"Soal genosid kita telah umum pendirian dengan jelas. Saya menarik perhatian dalam pertemuan minggu lalu (mesyuarat G20) saya sebut setelah kita tekankan genosid, Presiden Columbia yang menyusuli ucapan saya, dalam menyokong pendirian Malaysia, dia menegaskan bahawa genosid is genosid minta sidang G20 terima kenyataan genosid.


"Soal Afrika Selatan, dalam perbincanagn saya dengan Presiden Ramaphosa saya beri tahu (sokongan Malaysia) dengan apa jua cara, termasuk menghantar wakil dalam sidang ICJ.


"Menteri Luar sendiri hadir untuk menyatakan pendirian kita walaupun kita tidak boleh mengemukakan kerana bukan anggota (ICJ)," katanya menjawab soalan Ahli Parlimen Ahmad Tarmizi Sulaiman, (PN-Sik) yang bertanya mengenai kekangan Malaysia dalam membangkitkan isu kekejaman Israel ke atas Palestin terutama dalam ICJ.


Mengenai pendirian Malaysia di Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu pula, PM berkata hal itu telah banyak dijelaskan.


Manakala ketidak hadirannya dalam sidang PBB baru baru ini, ujarnya kerana mempunyai hal yang lebih utama untuk diselesaikan di dalam negara.


"Saya dah cakap di UNGA pendirian Malaysia tegas soal penaklukan Rusia di Ukraine, soal kezaliman dan penjajahan di Palestin dan Gaza.


"Ada beberapa sidang yang tak dapat saya penuhi kadang kadang kerana masalah dalaman, seperti mana sidang BRICS baru ini yang penting tetapi dia diadakan pada masa sidang Majlis Raja raja Melayu untuk membincangkan beberapa hal penting


"Saya mohon maaf kerana tidak mungkin hadiri semua. Lagi pun kehadiran Menteri Luar amat cekap dan ucapannya diterima baik mewakili negara dan rakyat," katanya lagi.


*Kredit foto: Jabatan Penerangan Malaysia

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page