top of page

Pendidikan Seks: Guru harus faham isu, Kementerian harus kaji kaedah mengajar


Ungkapan melampau, memalukan atau mengganggu emosi tidak wajar digunakan dalam mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani Kesihatan (PJK) di sekolah.


Bagi Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Dr Zaliha Mustafa, pengajaran mata pelajaran PJK seharusnya dilakukan oleh guru yang berpengalaman dan faham tujuan mata pelajaran tersebut diwujudkan.


"Saya memuji dan merasa bangga dengan pelajar perempuan yang telah mendedahkan sikap atau ‘attitude’ seorang guru lelaki yang mempersendakan jenayah rogol dalam mata pelajaran PJK ketika membincangkan isu ”Sexual Harrasment” di sebuah sekolah dan kini telah menjadi perhatian umum.


"Apapun kejadian seperti itu adalah suatu perkara yang tidak wajar dan perlu segera dihentikan agar tidak berulang.


"Pendidikan seks di bawah sukatan pelajaran PJK dengan tajuk Pendidikan Reproduktif dan Pendidikan Kesihatan Sosial (PEERS) bukanlah suatu perkara yang mudah untuk dibawa oleh seorang guru kurang pengalaman mengajar, apatah lagi ia perlu disulami dengan

rasa empati dan pemahaman isu yang mendalam kenapa subjek ini harus diajar di peringkat sekolah, dan apakah hasil akhir yang perlu dicapai," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut Pengerusi Biro Dasar, Strategi dan Latihan, Majlis Pimpinan Wanita Pusat itu, satu kajian semula perlu dilakukan oleh Kementerian Pendidikan untuk mengenal pasti kaedah yang lebih baik dalam pengajaran PJK.


Katanya, kaedah yang tidak sesuai dan menimbulkan kesan negatif terhadap pelajar lelaki atau perempuan mesti dihindari.


"Saya menggesa selain dari siasatan yang dilakukan ke atas kejadian ini Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) harus juga melihat kepada latarbelakang guru yang bakal dipertanggunjawabkan untuk mengajar.


"Juga cara atau metodologi terbaik untuk mengajar subjek ini perlu dikaji, dengan menggunakan bantuan alat pandang dengar atau mungkin teknologi terkini agar suasana pembelajaran menjadi lebih kondusif kepada guru dan pelajar, dan akhirnya mencapai objektif yang dikehendaki," katanya lagi.


Kelmarin, tular seorang murid memuat naik di aplikasi tik tok bahawa guru lelaki di sekolahnya memberitahu murid bagaimana undang-undang melindungi wanita berumur 18 tahun ke bawah.


Kemudian didakwa guru itu berjenaka, ‘nanti korang nak rogol, jangan rogol yang bawah 18, korang rogol yang atas 18.’


Ciapan pelajar itu di twitter mendapat kecaman warganet yang menuntut guru terbabit disiasat dan dikenakan tindakan.



0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page