top of page

Pendidikan: Pastikan tiada anak-anak yang tercicir - Fadhlina



Oleh: Noraini Nordin


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata keutamaan beliau dalam menerajui kementerian itu adalah untuk memastikan semua anak-anak di negara ini mendapat akses pendidikan yang baik demi masa hadapan mereka.


Sehubungan itu, katanya, meningkatkan infrastruktur dan memperbaiki sekolah-sekolah daif serta melihat apa lagi keperluan yang perlu ditingkatkan sentiasa dalam perhatiannya.


"Begitu juga dengan memperbaiki tandas, walaupun pada awalnya banyak kecaman diterima, tetapi akhirnya disedari bahawa masalah itu adalah suatu keperluan untuk diatasi," ujarnya ketika ketika berucap pada majlis Makan Malam Wanita KEADILAN di Putrajaya, Ahad lalu.

Antara tetamu yang turut hadir dalam program Majlis Makan Malam Wanita KEADILAN

Tujuan utama penganjuran tersebut adalah untuk memperkukuhkan lagi hubungan Wanita KEADILAN dengan pelbagai lapisan komuniti sambil berkongsi informasi serta menyebarkan mesej Malaysia Madani.


Program tersebut turut mengundang anak- anak dari Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim dari Taman Medan, Petaling Jaya, Selangor.


Turut hadir dalam program tersebut adalah exco-exco Majlis Pimpinan Wanita Pusat.


Fadhlina yang juga Ketua Wanita KEADILAN Pusat seterusnya menambah, untuk tahun hadapan pula beliau akan melihat aspek-aspek lain yang mungkin perlu dipertingkatkan di sekolah-sekolah.


"Mungkin tahun depan ia melibatkan kemudahan kantin, makmal, pusat sumber dan sebagainya.


"InshaAllah setiap tahun kita akan lihat kemudahan-kemudahan yang berbeza untuk ditambah nilai dan ditambah baik melalui projek-projek penyelenggaraan kecil," katanya.


Dalam konteks berkaitan, beliau juga akan memberi perhatian berkenaan aspek peluang dan pembangunan diri murid-murid yang perlu dipertingkatkan.


"Selain anak-anak yatim yang akan diberi perhatian, kita juga akan memberi penekanan kepada anak-anak dalam institusi kebajikan seperti dalam penjara, hospital dan anak-anak yang tidak memiliki dokumen yang ditempatkan dalam program Jalinan Kasih," ujarnya.


Fadhlina beramah mesra dengan tetamu yang menghadiri Majlis Makan Malam Wanita KEADILAN, di Putrajaya

Menurut Fadhlina, selaku Menteri Pendidikan, matlamat akhir kementerian adalah mahu memastikan tiada anak-anak yang tercicir dalam memperolehi pendidikan yang sepatutnya.


Terutama, tegasnya, selepas menduduki peperiksaan SPM kerana ketika itu adalah fasa yang sangat mencabar bagi mereka.


"Bagi anak-anak yang berada di institusi kebajikan, mereka tidak boleh lagi berada di situ selepas berusia 18 tahun.


"Jadi di sini penting untuk melihat ke mana hala tuju mereka," ujar beliau.


Berkenaan meraikan anak-anak yatim, Fadhlina menyambut baik usaha Wanita KEADILAN berbuat demikian dalam majlis makan malam tersebut, walaupun kebiasaannya ia hanya dilakukan pada bulan Ramadan dan ketika hendak menyambut Hari Raya.


Katanya, seharusnya diingat bahawa menyantuhi dan membantu anak-anak yatim adalah perkara mulia yang dituntut agama, tidak mengira masa dan ketika.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page