top of page

Pendidikan masa hadapan: KPM komited dapatkan pandangan terbaik



Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) komited dalam mendapatkan mendapatkan pandangan semua pemain industri berhubung pelan pembangunan pendidikan berkaitan kurikulum persekolahan baharu 2027.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementerian itu akan mengadakan ‘Jerayawara Jelajah Pendidikan’ di seluruh negara bermula tahun hadapan bagi tujuan itu.


"Sebagaimana disebut dalam ucapan belanjawan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (13 Okt lepas), (beliau) menyebut tentang jerayawara yang berkait rapat dengan pendidikan masa depan.


"Jadi selepas ini anjakan yang kita akan lakukan adalah melakukan jerayawara ini di seluruh negara melibatkan pelbagai peringkat segmen komuniti yang merupakan pihak berkepentingan dalam pendidikan untuk menjayakan yang kita sebut agenda pendidikan masa depan," katanya dipetik pada majlis Istiadat Konvokesyen Institut Pendidikan Guru (IPG) Kementerian Pendidikan (KPM) di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad.


Fadhlina berkata, antara yang akan menjadi fokus serta pembaharuan termasuklah pendidikan karakter, fleksibiliti dan aspek pendigitalan mengikut trend masa.

Justeru beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua peringkat masyarakat untuk memperkukuh sistem pendidikan negara.


"Untuk makluman, jelajah ini adalah salah satu usaha kita dalam merangka pelan pendidikan baharu negara yang akan tamat pada 2025. Ini juga akan melihat penglibatan pelbagai peringkat segmen komuniti yang merupakan pemegang taruh dalam pendidikan.


"Sebenarnya usaha ini juga amat penting bagi merangka agenda pendidikan masa depan negara buat generasi akan datang," tambahnya.


Fadhlina sebelum ini dilaporkan berkata KPM akan mencadangkan kerangka pendidikan menyeluruh dan pelan pendidikan baharu yang mengambil kira faktor global dan dasar dalam pembentukan karakter warganegara.


Beliau berkata pelan pembangunan pendidikan baharu itu akan memberi tumpuan kepada pembangunan latihan kompetensi guru dan kebolehpasaran individu dalam bidang pekerjaan, dalam dan luar negara.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page