top of page

Pendidikan kefahaman politik perlu diajar di bangku sekolah menengah



Kempen media sosial yang melampau ke atas pengundi muda terutama dari PN memerlukan Kerajaan Perpaduan menimbangkan secara serius untuk mengubal silibus kefahaman politik kepada pelajar sekolah menengah.


Hal itu dinyatakan oleh Pengerusi Biro Antarabangsa KEADILAN Malaysia, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin dalam satu forum media baru baru ini.


Menurut beliau, pengundi muda perlu diberi kefahaman yang betul mengenai sejarah negara, peranan ahli politik dan bagaimanakah mereka boleh menyumbang membina negara dengan memilih pemimpin yang betul.


"Di sini saya letakkan cabarannya kepada Menteri Pendidikan yang baru YB Fadhlina yang memegang kementerian penting untuk kita serapkan dari awal program kefahaman politik kepada anak muda.


"Kalau cakap 5 tahun lagi sekarang ini mereka di tingkatan 1 dan saya harap program kefahaman politik ini dapat kita berikan dari awal supaya anak muda ini memahami latar belakang, sejarah negara kita dengan jelas. Bukan kita nak berpolitik tetapi kefahaman dari segi fakta sejarahnya (seperti isu 13 Mei 1969).


"Perkara ini sebenarnya telah pun membuka mata kita dan banyak perkara perlu kita lakukan," katanya dalam forum anjuran Sinar Harian itu.


Ditanya bagaimanakah Pakatan Harapan akan menghadapi Pilihan Raya Negeri dalam beberapa bulan akan datang terutama kemaraan PN, Shamsul berkata, persediaan rapi sepatutnya telah mula dilakukan.


Beliau berharap Kerajaan Persekutuan dalam masa sama akan menunjukkan keberkesanannya dalam beberapa bulan ini bagi membina kesedaran ke atas pengundi muda untuk menolak sentimen kaum dan agama serta memahami politik secara yang lebih serius.


"Sentimen dimainkan, strategi kempen bertujuan memecah belah antara kaum. Tugas yang berat menanti ketiga tiga Menteri Besar dan Ketua Menteri PH.


"Ini merupakan cabaran bukan sedikit buat mereka. Saya percaya sudah pasti susun atur telah dilakukan di peringkat Persekutuan. Mana mungkin berlaku 3 penjuru dalam PRN. Sudah pasti ada persefahaman itu.


"Saya berharap agar ketiga tiga pimpinan ini dapat segera menyusun strategi menyeluruh agar dalam 3 atau 4 bulan ini tidak dibazirkan. Kita harus manfaatkan sepenuhnya dalam memberi kefahaman kepada rakyat dalam keadaan Kerajaan Perpaduan kita berada di tempat duduk pemandu.


"Maka sewajarnya segala dasar yang kita akan umumkan, belanjawan yang bakal dibentangkan Menteri Kewangan, program Kerajaan Perpaduan ke akar umbi mesti segera dilaksanakan. Saya percaya ini boleh dilakukan dalam 3 - 4 bulan ini," katanya.


Selain itu, menurut beliau lagi, PH perlu mengetengahkan tokoh yang berwibawa dan sering turun padang sebagai calon. Termasuk menyediakan cara kempen berkesan, apa yang mahu dihidangkan kepada pengundi juga membangkitkan cerita kejayaan di 3 negeri PH berkenaan.


"Di pusat kita ada kepimpinan yang jelas, di peringkat negeri juga kita perlu memanfaatkan PRN ini untuk mewujudkan kefahaman apakah keperluan gabungan politik ini. Apa tujuan, objektif yang kita ingin dapat.


"Pengundi muda akan membuat penilaian yang baik," katanya lagi.



0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page