top of page

Pendidikan hak berkehidupan kanak kanak Malaysia - Fadhlina

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • May 16, 2023
  • 1 min read


Pendidikan sewajarnya menjadi hak asasi setiap kanak kanak yang dilahirkan di negara ini.


Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata hal itu juga merupakan perjuangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak usia mudanya 1970an sehingga ke waktu ini.


"Perjuangan Datuk Seri dalam memastikan pendidikan menjadi 'birth right' kepada setiap anak-anak Malaysia akan kita teruskan melalui pembangunan ekosistem pendidikan terbaik menepati apa yang digariskan dalam rukun MADANI.


"Saya percaya komponen utamanya adalah guru-guru insani yang kita raikan hari ini.


"Maka, saya telah mengumumkan 10 inisiatif untuk memperkasa kebajikan guru.


"Semoga melalui inisatif ini, kita dapat memastikan persekitaran pekerjaan yang lebih kondusif serta pemeliharaan emosi, fizikal dan intelektual guru-guru sekalian," katanya.


Fahdlina turut mengucapkan setinggi penghargaan ke atas kesudian PM hadir merasmikan majlis pada pagi tadi serta menunjukkan komitmen beliau dan kerajaan dalam mengangkat martabat perkhidmatan perguruan.


"Saya sangat berbahagia dapat bersama warga pendidik dari seluruh negara dalam Sambutan Hari Guru Peringkat Kebangsaan yang berlangsung pagi ini," katanya lagi.


10 inisiatif yang diumumkan adalah:


  1. Penambahbaikan surat pekeliling Ikhtisas Bil. 5/2022 iaitu lawatan sekolah pada hari persekolahan

  2. Peluasan Sekolah Komprehensif K9 dengan pertambahan sepuluh buah sekolah lagi dalam usaha mengatasi isu keciciran murid khususnya di kawasan pedalaman dan orang asli

  3. Peluasan Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih (SBJK) ke negeri Sabah

  4. Bekerjasama dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP) untuk terus memperkasa pengurusan pengambilan pegawai perkhidmatan pendidikan

  5. Kebenaran dan kelonggaran memakai baju korporat rasmi KPM

  6. Pemansuhan sebarang kutipan sumbangan sambutan Hari Guru

  7. Meningkatkan peranan kumpulan Guru Insani Malaysia

  8. Mempertingkatkan peranan Yayasan Guru Tun Hussein Onn (YGTHO) dalam memperkasa profesionalisme guru dan menjaga kebajikan guru

  9. Penambahbaikan Standard Guru Malaysia 2.0

  10. Program Cuti-Cuti Cikgu mampu milik


Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page