top of page

Pendidikan, basmi kemiskinan fokus utama Belanjawan Selangor 2026

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 days ago
  • 1 min read
ree

Kerajaan Negeri Selangor terus komited memastikan rakyat di negeri itu terus maju dan dapat seiring arus pembangunan pesat Selangor.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, Belanjawan Selangor 2026 bakal memberi tumpuan kepada pelaksanaan program baharu berteras pendidikan dan pembasmian kemiskinan dalam memastikan kemajuan dinikmati secara inklusif dan seimbang oleh semua lapisan masyarakat.


"Ada dua, tiga program baharu berkait dengan pendidikan dan pembasmi kemiskinan. Insya-Allah saya sedang siapkan teks belanjawan.


"Saya percaya ia akan membantu memenuhi keperluan rakyat serta memastikan tiada yang tercicir daripada pembangunan negeri," katanya dipetik.


Amirudin sebelumnya hadir merasmikan Program Gotong-Royong Komuniti Ayer sempena Hari Alam Sekitar Malaysia di Puchong pada Sabtu.


Pada 10 Oktober lalu, Amirudin memaklumkan sektor pendidikan bakal menerima peruntukan terbesar dalam Belanjawan Selangor 2026, meliputi pelaksanaan program pendidikan dan latihan teknikal serta vokasional (TVET) untuk pelajar sekolah menengah.


Menurutnya, langkah itu sebagai komitmen Kerajaan Negeri memperkukuh sistem pendidikan serta melahirkan generasi masa depan yang dilengkapi kemahiran memenuhi keperluan industri.


Belanjawan yang bakal dibentang di Dewan Negeri Selangor (DNS) 14 November depan antara lain turut dijangka memberi tumpuan kepada pembangunan jaringan ekonomi baharu, termasuk sektor ekonomi penjagaan (care economy) yang semakin penting di negeri itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page