top of page

Pendidikan al-Quran teras modal insan di Selangor - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 17
  • 1 min read

MB Amirudin pada Majlis Konvokesyen Ke-23 ALAS di Hotel Concorde di Shah Alam
MB Amirudin pada Majlis Konvokesyen Ke-23 ALAS di Hotel Concorde di Shah Alam

Kerajaan Negeri Selangor menyalurkan peruntukan RM1 juta kepada Akademi Literasi Al-Quran Selangor (ALAS).


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan itu bagi memperkukuh usaha melahirkan masyarakat Islam yang celik serta memperluas capaian pendidikan al-Quran di lima daerah terpilih iaitu Kuala Selangor, Sabak Bernam, Batang Kali, Sepang dan Gombak.


"Dana akan digunakan bagi membangunkan modul pembelajaran inovatif, melatih tenaga pengajar berkualiti


"Kita tidak mahu ilmu al-Quran menjadi hak eksklusif segelintir masyarakat, sebaliknya warisan bersama seluruh rakyat Selangor," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu ketika merasmikan Majlis Konvokesyen Ke-23 ALAS di Hotel Concorde di Shah Alam pada Sabtu.


Majlis konvokesyen tersebut meraikan seramai 829 graduan yang berjaya menamatkan pengajian mereka.


Sementara itu tambah Amirudin, kemajuan negeri tidak hanya bergantung pada pembangunan fizikal, tetapi juga pada kesuburan akhlak, keteguhan akidah dan ketinggian ilmu.


Justeru pentadbirannya meletakkan pendidikan al-Quran sebagai asas pembinaan modal insan di negeri itu.


"Semoga para graduan akan terus menghidupkan pembacaan al Quran dengan tartil, memahami dengan hikmah, dan mempraktikkan nilai-nilai al-Quran dalam keluarga serta kehidupan seharian.


"Insya-Allah, Selangor akan terus memperluas jaringan kelas literasi dan majlis ilmu agar lebih ramai warga negeri mendapat akses pembelajaran al-Quran yang berkualiti dan inklusif," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page