top of page

Pendemokrasian pendidikan mampu tinggat taraf hidup masyarakat India





Taraf hidup masyarakat India hanya mampu ditingkatkan melalui pendemokrasian pendidikan


Menurut Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN pusat, Manivanan Gowin, masyarakat India tidak sewajarnya terhalang daripada mendapat pendidikan yang sempurna akibat kemiskinan atau faktor faktor perkauman.


"Kalau kita berhasrat secara jujur dan ikhlas nak majukan masyarakat India maka ia mesti dilakukan melalui pendidikan dan perniagaan, khususnya pendidikan memainkan peranan yang amat penting.


"90% masalah yang dihadapi masyarakat India hari ini boleh diperbaiki jika kita mendemokrasikan pendidikan dan memberi pendidikan secukupnya kepada masyarakat India


"Sebagai warganegara Malaysia kita kena faham, semua warganegara kalau dia maju, itu akan menambahkan ekonomi kepada negara. Tiada seorang pun boleh tercicir dan tiada seorang pun yang boleh dianggap anak tiri," katanya.


Bagi calon Naib Presiden KEADILAN itu lagi, pendekatan yang dicuba oleh kerajaan BN sebelum ini seperti pemberian saham khusus atau bantuan tertentu dilihat gagal memperbaiki kehidupan masyarakat India, khususnya di luar bandar dan ladang dalam tempoh 60 tahun.


Tiba masanya, kata Manivanan, kerajaan merangka dasar baharu pendidikan yang boleh mentransformasi masyarakat India menjadi aset negara.


"Kalau kita bawa satu pendekatan baru, dasar pendidikan baru, saya rasa dasar pendidikan itu bukan sahaja indah atas kertas tetapi perlu mempunyai naluri, jiwa, roh untuk memperbaiki kedudukan masyarakat India dari sudut pendidikan, peniagaan, ekonomi dan sosial


"Ramai yang mengeluh bahawa mereka tidak dapat menikmati apa apa program bantuan, mekanisme yang diketengahkan oleh mana mana agensi kerajaan. Mereka merasakan agak jauh ketinggalan.


"Jadi sudah tiba masa kita datang dengan dasar baru untuk membaiki sosio ekonomi kerana kita perlu memahami bahawa jika ada seorang masyarakat India berjaya dalam hidup, dia adalah kejayaan kita bersama. Itu adalah kejayaan masyakarat Malaysia. Kejayaan untuk kita raikan bersama," katanya.


Beliau berharap selepas ini keberhasilan sesuatu kaum dapat diiktiraf sebagai mana atlet negara yang menang pingat atau kejohanan, diraikan tanpa mengira bangsa.


Sebaliknya, keciciran masyarakat India, kata mantan Ahli Parlimen Kapar itu hanya akan menjadi liabiliti kepada negara.


"Keciciran mereka bukan sahaja liabiliti, tetapi kerugian negara. Jika kita bina mereka, bagi bantuan sewajarnya, mereka akan jadi aset


"Hendak jadi aset atau liabiliti bukan bergantung kepada masyarakat semata mata tetapi kepada pemimpin yang ikhlas, jujur dan murni dalam perjuangan dia.


"Bukan sahaja masyarakat India, Melayu, Cina, Sabah dan Sarawak juga adalah tanggungjawab pemimpin untuk mengangkat mereka, sebab setiap individu adalah aset kepada negara," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page