top of page

Pendemokrasian media perlu elak rakyat dimanipulasi

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Feb 25, 2021
  • 2 min read


Pendemokrasian media perlu agar rakyat tidak hanya dihadapkan dengan satu arah berita atau manipulasi oleh pihak yang berkuasa.


Menurut Pensyarah Sains Komunikasi UNISEL, Ismail Hashim Yahaya, tanpa rakyat mengetahui arah media yang menguasai mereka, maka kekeliruan akan timbul di dalam masyarakat.


Katanya, pemerintah mungkin mempunyai kuasa hegemoni ke atas media dan rakyat perlu menapis pengetahuan yang sampai kepada mereka.


"Pemerintah ada medianya juga. Media ini mempunyai beberapa kepentingan ada kepentingan politik, kuasa, wang dan rakyat.


"Selalunya dilihat dalam media pro pemerintah ialah kepentingan politik dan kepentingan ekonomi. Kepentingan rakyat selalu terabaikan. Tetapi kalau ditimbulkan kepentingan rakyat, ia selalu digunakan untuk kepentingan politik atau perniagaan


"Dalam pencerahan demokrasi untuk kepentingan rakyat ini, mereka juga kena tahu beberapa perkara yang boleh mengelirukan untuk mendapat kefahaman tentang demokrasi sebenar," katanya dalam forum Sudut Pandang Tok Abah bertajuk, “MalaysiaKini: Tag Harga Demokrasi”, malam tadi.


Ismail Hashim Yahya

Mengenai penghakiman ke atas Malaysiakini, kata Ismail, rakyat perlu melihat adakah perkara tersebut berlaku pada sudut subjektif atau objektif.


"Kalau dilihat dari kepentingan penghakiman itu, media berkait dengan bahasa dan pengetahuan.


"Ini harus difahami rakyat. Bahasa bermakna ungkapan, perkataan, kosa kata. Kalau berkait dengan pengetahuan berkait dengan realiti, kebenaran dan keadilan.


"Bila gunakah bahasa, apakah bahasa sampai kepada rakyat? Apakah pengetahuan orang awam melihat tindakan diambil? Adakah ia berasaskan realiti atau kebenaran?


"Adakah berasas kepada ilmu. Dia akan keluar objektif atau subjektif. Adakah yang disampaikan oleh media kita adalah satu demokrasi yang rakyat memahaminya, objektif atau subjektif," katanya.


Oleh itu, menurut beliau sering kali isu sensasi di media berakhir dengan laporan polis seperti buku tulisan bekas Peguam Negara Tommy Thomas. Namun soalan timbul, adakah isu yang tersiar di media itu benar-benar menjejaskan masyarakat atau pembuat laporan hanya bermain sentimen?


"Laporan polis dibuat dan polis ambil tindakan. Adakah mereka ini (pelapor) membaca buku Tommy Thomas. Atau (buat laporan) atas santimen. Objektif ataui subjektif?


"Kedua, kebenaran dan kepalsuan. Adakah benar atau palsu. Adakah satu yang telus atau kabur, fakta atau manipulasi?


"Kalau isu penghakiman ini kita lihat, (secara menyeluruh) orang akan berfikir berbalik kepada ini," katanya lagi


Hal itu, kata Ismail, akan pergi kepada hyper reality media yang membuat rakyat keliru. Sedangkan sebelum ini rakyat menyangka demokrasi adalah mengundi lima tahun sekali sedangkan media juga perlukan pencerahan demokrasi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page