top of page

Pendekatan seimbang tangani isu keselamatan dalam talian - Fahmi



Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian terutama yang melibatkan kanak-kanak.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kerajaan tidak berhasrat mengehadkan akses dalam talian berdasarkan had umur seperti yang dilaksana beberapa negara lain.


"Ramai yang bertanya adakah kerajaan berhasrat untuk mengikuti jejak langkah Australia untuk mengekang had umur 16 tahun untuk akses ke media sosial.


"Kita pada waktu ini tidak berhasrat untuk mengikut bulat-bulat apa yang dilakukan oleh mana-mana negara lain.


"Kita akan imbangi mengambil kira latar belakang sosio-budaya dan juga landskap perundangan dan kawal selia sedia ada dalam negara kita," katanya dipetik selepas menjadi panelis pada Ekspo dan Sidang Kemuncak Keselamatan Antarabangsa Asia (AISSE) 2025 di Putrajaya pada Rabu.


Dalam pada itu Fahmi berkata, dalam usaha mengatasi isu jenayah dalam talian, pihaknya akan terus melaksanakan advokasi agar lebih ramai cakna terhadap isu berkenaan.


Selain itu Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus diminta untuk memperkukuh hubungan antarabangsa dengan badan kawal selia di negara lain.


"Isu keselamatan siber dan keselamatan dalam talian ini tidak boleh dipisahkan, apatah lagi dalam keadaan penjenayah berhijrah secara massa ke media sosial.


"Jadi, langkah dan tindakan perundangan yang mereka (badan kawal selia negara lain) ambil dalam menangani jenayah dalam talian boleh memberikan panduan kepada kita," katanya.

0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page