top of page

Pendekatan pemulihan dadah secara sukarela positif - Saifuddin

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Oct 19
1 min read
DS Saifuddin di Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI AADK di FELDA Tenang, Besut, Terengganu
DS Saifuddin di Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI AADK di FELDA Tenang, Besut, Terengganu

Peralihan pendekatan daripada hukuman mandatori kepada pemulihan secara sukarela berjaya meningkatkan bilangan individu yang tampil menerima rawatan pemulihan dadah.


Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, seramai 2,333 individu telah tampil mendapatkan rawatan menerusi Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) setakat bulan lalu.


"Apabila kami pinda akta yang dulu, harapan kami adalah akan berlaku lonjakan pada yang tampil sukarela, sebelum ini dalam 73 orang yang tampil sukarela tapi sekarang secara konsisten datang secara sukarela ini adalah 232," katanya dipetik laporan media.


Saifuddin yang juga Timbalan Presiden KEADILAN sebelumnya hadir ke Majlis Peluncuran Kampung Angkat MADANI dan Sekolah Angkat MADANI AADK di FELDA Tenang, di Besut pada Ahad.


Beliau menyifatkan perkembangan itu mencerminkan kesan positif pindaan Akta Penagih dan Penyalah Guna Dadah dan Bahan (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang berkuat kuasa pada Ogos tahun lalu.


Dalam perkembangan sama, Saifuddin memaklumkan AADK sedang memuktamadkan memorandum persefahaman (MoU) bersama FELDA bagi memperkukuh program pencegahan, rawatan dan pemulihan dadah di kawasan tanah rancangan seluruh negara.


Kerjasama itu jelasnya memberi tumpuan kepada pemulihan dalam komuniti, latihan kemahiran serta peluang ekonomi bagi membantu bekas penagih kembali berintegrasi dalam masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page