top of page

Pendekatan lebih releven digunakan atasi isu artis bermasalah



Kerajaan bakal mengambil pendekatan lebih releven dan sesuai pada waktu ini dalam usaha menangani isu mana-mana artis yang terpalit masalah dan kontroversi.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, kementeriannya tidak berhasrat menyekat atau meng'gam' artis terbabit daripada muncul di kaca televisyen sebaliknya mengesyorkan mereka menjalani program rehabilitasi atau pemulihan.


"Realitinya artis sekarang berbeza dgn era 1980-an, waktu itu ada beberapa saluran sahaja, kalau ditutup itu, mereka tidak dapat masuk ruang berkenaan.


"Hari ini jauh berbeza, ada akaun media sosial dan banyak saluran… kita tidak boleh blanket ban (gam secara meluas) sebab membabitkan swasta dan lain-lain," katanya dipetik.


Fahmi ditemui pada Majlis Madani Muhibah Aidilfitri, di pekarangan Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), di Putrajaya pada Khamis.


Beliau sementara itu memaklumkan, pendekatan itu dicadangkan Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Suhaimi Sulaiman melalui perbincangan mereka.


Mengulas mengenai kaedah itu, ia jelasnya turut dilaksanakan di negara luar membabitkan artis bermasalah.


"Kita nampak cara lebih baik adalah rehabilitasi, dan kita harap artis itu mengakui kekhilafan, kekurangan serta berusaha menjadi diri lebih baik.


"Ini cara yang sedang dipertimbangkan namun saya serahkan kepada ketua pengarah penyiaran untuk melakukannya," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page