top of page

Pendekatan baharu kurikulum persekolahan mulai 2027



Kementerian Pendidikan (KPM) akan memperkenal kurikulum baharu persekolahan melibatkan pendidikan karakter, penekanan literasi dan numerasi serta kelas pembelajaran bersepadu.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kurikulum itu akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu bermula dengan Tahun 1 dan Tingkatan 1 pada 2027, manakala bagi murid prasekolah, ia akan diperkenalkan pada 2026.


Reka bentuk kurikulum baharu itu jelasnya bakal menggabungkan kurikulum berasaskan standard dan kurikulum berorientasikan kompetensi yang menggalakkan pembelajaran aktif murid, menyediakan pengalaman pembelajaran dan penilaian yang lebih autentik serta bermakna.


"Ada beberapa perkara penting yang ingin ditegaskan khususnya bagaimana kurikulum persekolahan 2027 akan dipacu mulai hari ini.


"Pertama, pastilah berdasarkan kaji selidik awal yang telah dilaksanakan bersama responden-responden yang menyatakan hasrat dan aspirasi mereka ingin melihat kurikulum 2027 akan datang itu benar-benar mencapai maksud.


"Dalam konteks anak-anak pula, ia diperkukuhkan dari segi pendekatan pendidikan karakter dan juga elemen-elemen yang berkait rapat dengan kemahiran," katanya dalam satu sidang media.


Fadhlina sebelumnya menghadiri program Bicara Profesional Kementerian Pendidikan (KPM) Kurikulum Persekolahan 2027, di Putrajaya pada pada Rabu.


Mengulas lanjut langkah itu, beliau menegaskan pembentukan karakter yang dihasratkan adalah berteraskan prinsip Rukun Negara dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk membentuk individu yang dapat menyumbang kepada pembentukan negara melalui kurikulum yang terancang dan berstruktur.


Pendidikan karakter jelasnya akan memberi penekanan kepada pembangunan diri murid yang berdaya tahan, tangkas, memiliki kesedaran sivik yang tinggi dan mentaliti pertumbuhan.


"Kita memilih pendekatan yang lebih segar, pendidikan karakter ini akan dilaksanakan sebagai satu slot masa yang khusus dan berfokuskan kepada pembelajaran sosioemosi secara amali bermula dari prasekolah sehingga ke peringkat menengah atas.


"Malah, untuk memberikan makna kepada kehidupan sebagai warganegara yang bertanggungjawab, pendidikan karakter juga akan diterapkan dalam konteks pembinaan karakter bangsa Malaysia," ujarnya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page