Pendapatan isi rumah RM10,000 hanya purata, tidak realistik menggambarkan seluruh rakyat



Unjuran pendapatan isi rumah RM10,000 pada 2025 dalam dokumen Rancangan Malaysia ke (RMK) 12 semalam digambarkan oleh Ketua Pembangkang sebagai tidak begitu realistik.


Ahli Parlimen Datuk Seri Anwar Ibrahim (PH - Port Dickson) sebaliknya menekankan soal pembasmian kemiskinan dan meningkatkan pendapatan rakyat marhaen yang sewajarnya diberi keutamaan sebagai strategi pasca pandemik.


"Kalau kita menekuni RMK 12 memberi gambaran agak baik tetapi tidak menampakkan satu pendirian jelas bagaimana kita boleh bawa perubahan, menganjak paradigma dalam melihat suasana yang rumit sekarang ini.


"Terdapat juga angka yang mengelirukan yang perlu diteliti semula oleh kementerian. Misalnya pendapatan isi rumah 2025, RM10,000 setiap keluarga.


"Tetapi kalau kita ikuti angka kemiskinan, angka pengangguran dan kadar pertumbuhan yang lembab, sekurang-kurangnya untuk setahun dua ini kita bimbang angka itu realistik atau tidak.


"Keduanya, angka purata ini yang banyak diguna pakai oleh ahli ekonomi dan statistik juga mengelirukan. Dia samakan orang yang mencacat keuntungan berbilion ringgit dengan orang yang dapat RM500. Diambil purata


"Saya lebih setuju Unit Perancang Ekonomi menekankan kemiskinan ketara daripada membuat satu rumusan secara menyeluruh (purata)," katanya dalam ucapan membahaskan RMK 12 pada sesi sidang Dewan Rakyat, pagi tadi.


Pengerusi Pakatan Harapan itu juga membawakan contoh ekstrem. Katanya, terdapat 46% pencarum KWSP berumur 55 tahun mempunyai simpanan kurang RM10 ribu.


Soal Anwar, apakah orang yang kurang simpanan tersebut dalam 4 tahun akan datang akan menokok simpanannya secara mengejut apabila negara mencapai pendapatan bulanan RM10,000.


Selain itu, Anwar juga membawakan laporan Unit Perancang Ekonomi yang membariskan 10 daerah termiskin di Malaysia pada 2019


"Tiga negeri ini pengeluar minyak tetapi disebut sangat membimbangkang. Lojing di Kelantan, Pusa di Sarawak dan 8 daerah di Sabah.


"Ia terikat dengan pengabaikan dan perlaksaan projek dari Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.


"Satu soalan harus dibangkitkan, apakah semata-mata kecuaian kerajaan pusat atau kegagalan wakil mereka di pusat? Kedua apakah benar dana sentiasa tidak mencukupi, padahal pemimpin negeri banyak yang kaya raya. Ini harus dibahaskan," katanya lagi.


Presiden KEADILAN itu juga menegur kadar pengangguran negara yang tinggi terutama dalam kalangan anak muda dan dengan mudah dikaitkan kepada pandemik Covid 19.


"Pengangguran terlalu tinggi. Tentunya dikatakan kerana Covid 19 namun sebelum Covid pun (pengangguran tinggi)


"Kadar penganguran belia mencatat peningkatan 13% bersamaan 344,000 orang pada Jun 2021. Oleh yang demikian saya minta PM dan kerajaan meneliti semula unjuran RMK yang tidak realistik," katanya lagi.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER