top of page

Pendakwah Ahmad Fawwaz dilantik Mufti Wilayah Persekutuan baharu

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read


Pendakwah terkenal Ahmad Fauwaz Fadzil (gambar) dilantik sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang baru berkuat kuasa pada 23 Mei lalu.


Perkara tersebut dikongsi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam hantaran di Facebook hari ini dengan mengucapkan tahniah atas pelantikan tersebut.


Pelantikan Ahmad Fawwaz, 44, mengantikan Dr Luqman Abdullah yang tamat kontrak perkhidmatannya pada 15 Mei lalu.


"Semoga Allah SWT mempermudah segala urusan dan mengurniakan kekuatan dalam memikul amanah besar ini demi kemaslahatan ummah dan negara," kata JAKIM.


Sebelum ini, kerajaan melantik Ahmad Fauwaz untuk mengetuai jawatankuasa bagi membentuk modul silibus pemulihan akidah kanak-kanak GlSB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang diselamatkan pihak berkuasa.


Ahmad Fauwaz yang juga merupakan anak bekas Presiden Pas, Allahyarham Ustaz Fadzil Noor merupakan Ahli Lembaga Pengarah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).


Berkelulusan ijazah sarjana muda syariah Universti Al-Azhar, Ahmad Fawwaz kemudian melanjutkan pengajian sarjana di Universiti Malaya.


Beliau turut memperoleh Sijil Penasihat dan Juruaudit Syariah (CSAA) dari Pertubuhan Perakaunan dan Pengauditan bagi Institusi Kewangan Islam (AAOIFI), serta memperoleh Sijil Kemahiran Fatwa dari Dar al-Ifta Mesir pada 2008.


Beliau terlibat dalam banyak jawatankuasa syariah institusi kewangan dan badan bukan kerajaan di Malaysia selain menulis beberapa buah buku dan rencana dan mengendalikan latihan berkaitan bidang kepakaran beliau, iaitu fiqah perundangan Islam.


Ahmad Fauwaz juga mengendalikan latihan kepada pegawai syariah dari pelbagai institusi kewangan Islam termasuklah dari badan penguat kuasa agama negeri-negeri melalui Markaz Alqarahdaghi miliknya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page