top of page

Pendakwaan Wan Saiful: Slogan PN bersih retorik kosong



Pendakwaan terhadap Ahli Parlimen Tasik Gelugor yang juga Ketua Penerangan Bersatu Wan Saiful Wan Jan semalam menghitamkan imej PN yang sebelum ini dikatakan bersih dari rasuah.


Menurut kenyataan Biro Komunikasi dan Penerangan KEADILAN Cabang Kemaman, pendakwaan tersebut telah menidakkan retorik sebelum ini bahawa pemimpin PN mempunyai merit dan diyakini rakyat


"Pendakwaan terhadap YB Wan Saiful Wan Jan susulan daripada siasatan pihak SPRM terhadap kes Janawibawa sebelum ini.


"Pihak Perikatan Nasional sebelumnya berusaha mempotretkan mereka mempunyai imej yang bersih dan bebas daripada unsur perbuatan rasuah, namun begitu perkembangan terhadap siasatan kes Janawibawa ini menunjukkan sebaliknya.


"Menteri undang-undang dan reformasi institusi, Datuk Azalina Othman Said dalam satu kenyataan mendakwa terdapat rundingan terus tanpa tender berlaku dalam projek Janawibawa ini dan surat setuju terima (SST) dikeluarkan kepada ahli keluarga pemimpin terdekat Bersatu.


"Kenyataan ini membuktikan imej bersih PN hanyalah sekadar retorik yang mempergunakan imej agama dan bangsa bagi meraih sokongan ketika PRU 15 lalu," kata kenyataan itu.


Menurut mereka itu lagi, rakyat di Pantai Timur khususnya yang menolak Pakatan Harapan secara tsunami semasa Pilihan Raya Umum ke 15 lalu seharusnya mula berfikir apakah parti yang mereka sokong dahulu benar benar bersih.


"Rakyat juga perlu menolak budaya dan sikap suka melakukan fitnah yang dilakukan pihak pembangkang pada hari ini. Sikap ini membawa kepada perpecahan dan akan merencatkan agenda perpaduan nasional yang telah digariskan dalam gagasan Malaysia Madani.


"Negara sangat memerlukan pemimpin yang jujur, berintegriti dan juga kompeten untuk memacu Malaysia ke arah negara maju dan mempunyai nilai nilai akhlak manusiawi yang tinggi," kata kenyataan itu lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page