Pendakwaan Syed Sadiq: Henti peralat agensi kerajaan demi kekalkan kuasa - PH


Pakatan Harapan (PH) memberi amaran kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) agar berhenti memperalatkan agensi kerajaan dalam usaha mempertahankan kuasa.


Menurut kenyataan Majlis Presiden PH, gabungan tersebut tidak senang terhadap situasi semasa yang mana kerajaan seolah-olah memperkuda Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai senjata politik untuk menekan Ahli-Ahli Parlimen yang menjadi musuh atau enggan menyokong PN.


"Tindakan memperalat agensi ini telah berlaku sejak dahulu lagi, dan telah memuncak dengan pendakwaan terpilih terhadap Setiausaha Agong DAP YB Lim Guan Eng tahun lalu ekoran siasatan terburu-buru SPRM sebaik kerajaan PH tumbang pada akhir Februari 2020.


"Terkini, kita dikejutkan dengan pendakwaan terhadap YB Syed Saddiq, Ahli Parlimen Muar, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku hanya beberapa hari sebelum bermulanya sidang khas Parlimen pada 26 Julai ini.


"Tambahan pula pendedahan beliau bahawa kes-kes ini dibawa ke mahkamah kerana beliau enggan menyokong PN," kata mereka dalam kenyataan hari ini.


Sehubungan itu, PH menyifatkan dakwaan terbaharu ke atas Syed Sadiq Syed Abdul Rahman merupakan tindakan pendakwaan terpilih yang tidak sejalan dengan prinsip 'negara hukum'.


PH juga mengumumkan sokongan terbuka terhadap Ahli Parlimen Muar berkenaan.


"Sebelum ini Majlis Presiden pernah memberi amaran agar SPRM dan agensi-agensi lain tidak dijadikan senjata politik, terutama untuk menekan Ahli-ahli Parlimen pembangkang menyokong PN. Namun dengan tindakan pendakwaan terkini jelas menunjukkan salah guna agensi demi kerakusan kuasa terus berlaku.

"PH menegaskan sekali lagi bahawa agensi-agensi kerajaan tidak patut dan tidak boleh menjadi senjata politik bagi menekan atau mengugut Ahli Parlimen demi mengekalkan kedudukan dan jawatan, terutama bagi mereka yang telah hilang sokongan majoriti," kata mereka lagi.


Kenyataan bersama itu dikeluarkan oleh Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Amanah Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER