top of page

Pendakwaan politik: laporan polis dibuat ke atas Mahiddin Yassin



Laporan polis dibuat ke atas Pengerusi PN, Mahiaddin Yassin berikutan dakwaan bekas Perdana Menteri ke 8 itu kononnya berlaku pendakwaan politik ke atas beliau yang bersifat terpilih.


Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Munim hari ini membuat laporan polis di IPD Putrajaya di atas kenyataan Mahiaddin sebelum ini yang didakwa seolah olah menggambarkan pihak penguatkuasa diarah untuk mendakwa Ahli Parlimen Pagoh itu.


"Saya hadir hari ini untuk membuat laporan polis terhadap Tan Sri Mahiaddin Yassin di atas kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau sejurus selepas didakwa tempoh hari di mahkamah Kuala Lumpur, di mana dalam kenyataannya beliau menyebut, saya quote: "Saya mendapati keputusan untuk mendakwa saya telah dibuat lebih awal oleh pihak yang paling berkuasa dalam pentadbiran negara sebelum siasatan dilengkapkan. Mereka hanya mengguna agensi penguatkuasa sebagai alat untuk capai tujuan politik mereka. Jelas pendakwaan ke atas saya sebagai satu bentuk pemangsaan politik terancang".


"Kenyataan yang dilemparkan (oleh Mahiaddin) merupakan satu tohmahan dan fitnah untuk mencipta satu persepsi tidak baik terhadap kepimpinan YAB Anwar Ibrahim sebagai PM.


"Ini menggambarkan seolah olah di sana wujudnya campurtangan di peringkat yang tertinggi memberi arahan kepada pihak penguatkuasa dan pendakwaan yang mana seolah olah mereka ini menjalankan tugas dan tanggungjawab bukan atas kerelaan tetapi atas telunjuk dan arahan pihak yang tertentu.


"Justeru kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Mahiaddin ini merupakan satu kenyataan fitnah yang serius dan kita tidak boleh biarkan ia berlalu begitu sahaja dan perlu ada tindakan yang tuntas oleh pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Mahiaddin ini," katanya dalam sidang media di perkarangan balai polis berkenaan.


Menurut Kamil yang juga Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, beberapa pihak lain selepas ini juga dikatakan akan membuat laporan polis ke atas pimpinan PN yang lain, yang dengan sewenang wenangnya memberi kenyataan kononnya pemimpin Kerajaan Perpaduan sengaja mahu mendakwa pemimpin pembangkang atas dendam politik.


"Saya difahamkan ada laporan polis susulan, dan juga beberapa tokoh politik lain yang lewat (kebelakangan) ini berani membuat kenyataan semberono.


"Kita bukan menafikan hak untuk bersuara mana mana pihak. Hal itu dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan tetapi dalam keadaan sekarang ini, hak itu menjadi lebih bertanggungawajab atas kenyataan yang dikeluarkan itu," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page