Pendaftaran vaksinasi di Wangsa Maju dapat sambutan namun kurang 5% diberi temujanji?


Kerajaan Perkatan Nasional perlu mempercepatkan proses suntikan vaksin kepada rakyat Malaysia.


Hal ini ditimbulkan oleh Naib Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Andre Lai.


Menurut Andre yang juga Pegawai Khas Ahli Parlimen Wangsa Maju, berdasarkan pengalamannya di kawasan berkenaan hanya 5% daripada penduduk yang telah mendaftar diberikan temujanji.


"Pada akhir Mac, Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew menganjurkan kaunter pendaftaran vaksinasai besar-besaran dan berjaya mendaftarakan seramai 400 penduduk, kebanyakkannya warga emas.


"Namun, sehingga 20 Mei, didapati kurang daripada 5% mereka mendapatkan temujanji," katanya.


Andre Lai

Kata Andre lagi, kejadian yang sama juga dilaporkan berlaku di kawasan-kawasan lain di Wilayah Persekutuan.


Oleh tu, beliau dan pasukan KEADILAN mengambil insiatif untuk berhubung dengan Pusat Kesihatan Daerah (PKD) Titiwangsa untuk mempercepatkan jadual temu janji vaksinasi khususnya untuk warga emas dan OKU.


“Di sini kami menghargai usaha pegawai dari PKD dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Dalam masa seminggu, ramai daripada penduduk warga emas telah mendapatkan jadual temu janji.


"Mungkin ia satu kebetulan, tetapi MIECC telah memproses vaksinasi untuk ramai pengundi daripada Parlimen Wangsa Maju dalam tempoh ini,” katanya lagi


Sehubungan itu, Andre mengingatkan Ahli Parlimen Wangsa Maju Datin Paduka Dr Tan Yee Kew sentiasa menyeru penduduk kawasan itu untuk menghubungi pejabatnya jikanya mendapat masalah berkenaan dengan proses vaksinasi dan wabak.


Penduduk juga, kata Andre, boleh mendapatkan vaksin melalui pusat vaksinasi bergerak dan tertumpu di PPR seluruh Wilayah Persekutuan yang akan bermula dengan PPR Gombak Setia pada 11 Jun 2021.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
10,710
153
5778
Total
916,561
7019
784,949

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
491,381
8,692
392,980
Total
186,407,192
4,028,301
168,805,736

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER