top of page

Pendaftaran, tuntutan kredit eMADANI RM100 bermula Isnin ini



Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI, iaitu tawaran e-kredit tunai RM100 secara sekali bayar akan dibuka mulai Isnin ini hingga 20 Februari depan


Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif melibatkan peruntukan RM1bilion itu akan memanfaatkan 10 juta rakyat terdiri daripada golongan B40 dan M40 di negara ini.


Tambanya, program eMADANI ialah kesinambungan kepada kejayaan program eBeliaRahmah dan mempunyai objektif tiga serampang untuk memangkin pendapatan perusahaan mikro kecil sederhana, menggalakkan pembayaran tanpa tunai (cashless) dan memanfaatkan rakyat.


"Menjelang hujung tahun dan musim cuti persekolahan, kerajaan berharap sumbangan eMADANI dapat sedikit sebanyak meringankan beban kewangan rakyat di samping memupuk budaya pembayaran tanpa tunai.


"Pelaksanaan program eMADANI yang bermula Isnin ini adalah selaras dengan komitmen kerajaan untuk menyegerakan pelaksanaan terutama langkah yang menyokong agenda pendigitalan ekonomi negara serta membantu rakyat secara langsung," katanya menerusi kenyataan dikeluarkan Kementerian Kewangan.


Kementerian Kewangan sementara itu memaklumkan, syarat- syarat kelayakan bagi pendaftaran Program eMADANI mestilah merupakan warga Malaysia berusia 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023.


Mereka juga mestilah merupakan penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 atau mempunyai pendapatan RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023.


"Jadi, tempoh pendaftaran dan tuntutan eMADANI bermula pukul 8 pagi pada 4 Disember 20023 sehingga 20 Februari 2024 melalui aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna.


"Pengunaan kredit eMADANI serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat hanya boleh dibelanjakan secara fizikal sahaja sehingga 29 Februari 2024," katanya


Selain RM100 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat turut memberi insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai, diskaun atau mata ganjaran (reward points) sepanjang tempoh program berkenaan.


Sebanyak empat penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet mengambil bahagian dalam program itu.


Kredit eMADANI juga boleh dimanfaatkan menerusi peruncit dan peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini serta tertakluk kepada transaksi dibenarkan.


Pemohon program eMADANI boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) melalui pautan https://manfaat.mof.gov.my/eMADANI atau https://bantuantunai.hasil.gov.my bagi maklumat lanjut.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page