top of page

Pendaftaran ADIL tamat, pengundi gagal verifikasi dibenar betulkan kesalahan

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Apr 23, 2022
  • 2 min read


Proses pendaftaran Pengundi Atas Talian (PAT) bagi Pemilihan KEADILAN 2022 telah pun tamat pada 21 April lalu.


Terdapat sekitar 8,000 nama yang gagal menjalani proses verifikasi. Bagi yang gagal ini, Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) akan memberi waktu untuk para anggota membetulkan kesalahan mereka.


Menurut Pengerusi JPP, Dr Zaliha Mustafa, proses pembetulan itu akan berjalan sehingga Hari Raya Aidilfitri ini.


"PAT ada 8,000 nama dan kita akan tangani satu per satu. Saya katakan kepada pasukan saya bila mereka masuk PAT maknanya mereka ada kehendak untuk bersama PAT.


"Kita kena beri peluang kepada mereka. Reject ini ada kaitan gambar profail, ada yang ambil gambar berdua dengan isteri, sedangkan profail gambar seorang. Ada gambar IC tak jelas, nombor akhir tak nampak.


"Ketiga selfie. Ambil gambar ini perlu jelas dengan IC, mungkin faktor cahaya (silau) maka berlaku reject.


"Kita akan hubungi mereka, kita minta betulkan. Kita akan selesaikan sebelum hari raya ini," katanya kepada Suara Keadilan.


Manakala, menurut Dr Zaliha, pengundi yang tidak sempat mendaftar melalui aplikasi ADIL maka mereka akan mengundi secara fizikal sebagaimana yang berlaku pada pemilihan lalu.


Untuk pengundian fizikal, katanya, tidak perlu dibuat sebarang pendaftaran melalui aplikasi dan anggota boleh hadir ke pusat pengundian di setiap cabang.


Berpuluh puluh petugas dilantik untuk mengendalikan aplikasi ADIL

"Pengundi secara fizikal tidak perlu daftar aplikasi ADIL. Yang daftar ADIL akan menjadi PAT. Namun bagi mereka yang tak nak mendaftar, mereka boleh hadir ke pusat pengundian secara fizikal.


"Sebab itu kita sediakan tempat mengundi seperti sebelum ini.


"Kita sediakan disetiap cabang, walaupun cabang yang tidak ada pertandingan kerana mereka perlu memilih calon peringkat nasional," katanya.


Bagi senarai calon calon pula, menurut Dr Zaliha, anggota boleh memeriksanya di laman web: Pemilihan 2022 di https://pemilihankeadilan2022.com/


"Senarai calon calon telah kita pamerkan dalam website, semua boleh tengok nama nama.


"Presiden tak ada pertandingan. Timbalan Presiden 2 nama, iaitu Rafizi dan Datuk Seri Saifuddin.


"Naib 17, asalnya 18 dan seorang tarikh diri. Ketua AMK ada 2. Ketua Wanita ada 2. Timbalan AMK 2 dan Timbalan Wanita ada 3.


"Setakat ini yang batal pencalonan hanya di peringkat cabang. 8 orang melalui proses bantahan. Mereka ada status muflis, ada senarai hitam dari ROS dan sebagainya," katanya.


Ditanya mengenai proses undi atas talian, Dr Zaliha mengharapkan proses yang pertama kali dilaksanakan itu akan berjalan lancar.


Beliau tidak menyembunyikan kekhuatiran akan berlaku masalah teknikal, namun memberi jaminan pasukannya telah bersedia menghadapi isu berkenaan.


"Kita risau juga bila berkaitan teknologi maklumat. Namun inshaAllah kita telah menyediakan diri. Kita akan buat pemilihan percubaan dalam beberapa hari lagi. Kita tengok sistem itu apa yang mungkin berlaku pada hari tersebut.


"Kita tengok simulasi dan apa apa berlaku kita akan cepat ambil tindakan. Kita kena bersedia apa sahaja kemungkinan," katanya.


Berakhirnya proses pengundian jawatan utama parti akan berlaku pula proses pemilihan bagi Majlis Pimpinan Pusat (MPP).


Untuk itu, kata Dr Zaliha, pencalonan akan dibuka pada hujung Mei dan pendaftaran calon akan berlaku sebagaimana proses pencalonan sebelum ini.


"Pencalonan MPP kita akan buat pada 28 Mei, lepas raya. Maknanya kita melalui proses yang sama semula. Selepas pencalonan bantahan, rayuan. Pencalonan sehari sahaja. Mereka akan buat atas talian dan juga secara fizikal di ibu pejabat KEADILAN.


"Senarai kemudiannya kita akan bawa ke kongres untuk dipilih oleh perwakilan," katanya lagi.

Kommentare


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page