top of page

PM Anwar berlepas untuk lawatan ke Itali, Perancis, Brazil

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 1
  • 1 min read

PM Anwar tiba dalam pesawat sewa khas MAS bersama delagasi sebelum berlepas. Foto FB Anwar
PM Anwar tiba dalam pesawat sewa khas MAS bersama delagasi sebelum berlepas. Foto FB Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan delegasi petang ini berlepas menaiki pesawat sewaan khas untuk lawatan kerja ke tiga buah negara.


Lawatan tersebut akan mengunjungi antara negara maju di benua Eropah, Itali dan bertemu pemimpin negara berkenaan sebelum ke pusat kewangan dunia di Perancis.


"Saya dan delegasi Malaysia tengah hari ini berangkat ke Rom, Itali bagi mengadakan pertemuan dua hala dengan Perdana Menteri Giorgia Meloni selain mengadakan pertemuan bersama peneraju industri perniagaan.


"Saya seterusnya ke Paris untuk bertemu Presiden Emmanuel Macron dan mengetuai sesi rundingan bersama gergasi industri negara Perancis," katanya dalam muat naik di Facebook.


Di Perancis, Anwar dijadual akan menyampaikan syarahan umum bertajuk Southeast Asia and Europe: Recalibrating the Terms of Engagement diSorbonne University.


Selain itu, lawatan ke Brazil untuk melengkapkan penyertaan Malaysia dalam Sidang Kemuncak Pemimpin-Pemimpin BRICS ke-17 di Rio de Janeiro atas jemputan Presiden Lula da Silva, sebagai Negara Rakan BRICS dan Pengerusi ASEAN.


"Malaysia akan terus mengangkat kepentingan multilateralisme berteraskan undang-undang, tadbir urus AI, tindakan iklim dan kesihatan global demi masa depan dunia yang lebih adil dan inklusif," kata Anwar lagi.


Dalam lawatan ini Perdana Menteri turut diiringi delegasi perniagaan, yang merangkumi wakil daripada syarikat-syarikat besar Malaysia, termasuk Petroliam Nasional Bhd (Petronas), Khazanah Nasional Bhd, TNB, Maybank, FGV, YTL Power dan Sunway.


Ketiga-tiga pasaran berkenaan Itali, Perancis dan Brazil secara kolektif merekodkan perdagangan dua hala bernilai RM50.91 bilion (AS$11.14 bilion) tahun lepas.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page