Meskipun berkempen untuk Pilihan Raya Negeri Johor, namun calon DUN Tanjung Surat, Rosman Tahir berkata beliau sering mendengar suara suara tidak puas hati rakyat terkait isu nasional.
Katanya, dalam jelajah kempen di Kampung Lempau kelmarin, kedengaran suara suara rakyat berteriak menghentam BN.
"Pencuri tak boleh jadi Perdana Menteri. Itu suara rakyat yang kami dengar hari ini.
"Suara rakyat macam ini takkan masuk dalam tv, takkan masuk radio
"Suara derita rakyat hanya yang turun ke bawah sahaja yang akan tahu," katanya.
Tambah Rosman, hanya orang susah yang faham derita rakyat. Sedangkan pemimpin BN yang kaya raya hanya menjengok rakyat apabila tiba musim pilihan raya.
"Saya sendiri berasal dari keluarga yang susah..
"Saya faham apa itu kesusahan. Saya faham apa itu kelaparan. Bagaimana ini masih berterusan sedangkan negara kaya raya. Sebab negara penuh pemimpin korupsi," katanya lagi.
Comments