top of page

Pencerobohan pangkalan data: Adakah BNM, iPay88 sekongkol?



Pencerobohan pangkalan data syarikat pembayaran atas talian iPay88 pada 31 Mei lalu tidak sepatutnya hanya dilaporkan selepas 72 hari ianya berlaku.


Menurut ADUN Semambu, Lee Chean Chung, kelembapan bertindak iPay88 itu telah menimbulkan pelbagai persoalan mengenai keselamatan maklumat dan kewangan jutaan pengguna di Malaysia.


"iPay88 bukanlah syarikat biasa. Ia menguasai 50% transaksi atas talian di Malaysia dan memproses 30 juta transaksi sebulan yang bernilai RM2.5 bilion.


"Syarikat tersebut juga terletak di bawah kawal selia Bank Negara Malaysia (BNM). Persoalannya, adakah maklumat pencerobohan ini telah disampaikan kepada BNM sejurus selepas kejadian berlaku?


"Tarikh pemakluman ini penting kerana jika iPay88 tidak menyampaikan maklumat pemcerobohan ini kepada BNM, maka ia harus dihukum dan BNM telah dilihat gagal dalam kerja pemantauan dan pengawal seliaan mereka.


"Tapi jika BNM telah mendapat maklumat tersebut seawal 31 Mei 2022, mengapakah BNM mendiamkan diri dan iPay88 turut menyembungikan isu ini daripada pengetahuan orang awam?" tanyanya.


Menurut Chean Chung lagi, Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) dan Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) telah mengeluarkan kenyataan susulan insiden berkenaan.


Perkembangan itu, katanya, nampak mengukuhkan lagi bukti bahawa iPay88 tidak memaklumkan kebocoran maklumat kepada pihak bank.


Cuma, kata Chean Chung, adakah kejadian tersebut diketahui BNM lebih awal?


"Dalam hal ini BNM wajib tampil memberikan penjelasan segera supaya tidak dilihat leka dan bersekongkol dalam kebocoran maklumat antara yang paling serius dalam sejarah Malaysia.


"Jangan lupa iPay88 hanya merupakan salah sebuah syarikat merchant acquires daripada 51 buah syarikat yang beroperasi di negara ini," katanya lagi.


Isu kelewatan melaporkan pangkalan data iPay88 diceroboh telah menimbulkan perdebatan dalam kalangan netizen. Banyak yang bimbang terdapat data yang telah dicuri pihak tidak bertanggungjawab dan akan digunakan untuk tujuan scammers.


Netizen juga tertanya tanya adakah pencerobohan kali ini melibatkan kerugian kewangan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page