top of page

Pencemaran sungai: MBSP tidak tolak ansur perbuatan cemar sungai

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
Mar 24, 2024
1 min read


Oleh: Abdullah Zaid


Pihak Berkuasa Tempatan Seberang Perai (MBSP) tidak pernah bertolak ansur dalam apa jua bentuk pelanggaran yang dilakukan oleh penternak haiwan sehingga mencemarkan Sungai Kreh sebagaimana didakwa oleh pembangkang.


Ahli Majlisnya, Zainuddin Mohamed yang juga Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN negeri berkata, tindakan kompaun dan pembatalan lesen premis akan dilaksanakan mengikut undang-undang dan punca kuasa yang ada pada pihak MBSP.


Jelasnya, tindakan susulan pula akan dilakukan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar negeri (JPV) dan agensi-agensi berkaitan.


"Untuk makluman, MBSP telah dan sentiasa mengambil tindakan penguatkuasaan di bawah Akta Kerajaan Tempatan serta Undang-Undang Kecil yang berkaitan bagi isu-isu melibatkan pencemaran oleh ladang ternakan," kata Zainuddin dalam satu kenyataan.


Kenyataan itu bagi menjawab tuduhan ADUN Perikatan Nasional (PN) yang mendakwa pihak berkuasa tidak melakukan apa-apa tindakan susulan pencemaran sungai berkenaan.

Tambah kenyatan itu, sejak 2023 hingga kini, MBSP telah mengeluar 204 kompaun terhadap ladang-ladang yang masih beroperasi susulan pembatalan lesen.


"Manakala bagi ladang ternakan unggas, sebanyak 44 premis telah disekat dan dibatalkan lesen. Sebanyak 121 kompaun turut dikeluarkan ke atas ladang yang masih beroperasi tanpa lesen.


"Selain itu, MBSP sentiasa bekerjasama membantu dan menjalankan operasi bersepadu bersama-sama JPV berteraskan prinsip ’double action’ secara berterusan, tanpa sebarang kompromi," ujarnya.


Menurut Zainuddin, masyarakat disaran untuk menyalurkan aduan kepada pihak berwajib sekiranya berlaku sebarang pelanggaran yang menyebabkan pencemaran.


Terdahulu, JPV bersama Jabatan Alam Sekitar dan pihak MBSP dilaporkan telah membuat pemeriksaan kawasan penternakan itik yang didakwa menjadi punca Sungai Air Merah dan Sungai Kulim tercemar.


Susulan itu, pihak MBSP telah mengambil tindakan penguatkuasaan bagi menanggani isu pelepasan sisa itik itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page