Pencemaran Air Selangor: Apa Terjadi Di Belakang Tabir?


Gangguan bekalan air di Selangor akibat henti tugas loji rawatan air telah menimbulkan kesukaran kepada beratus ribu pengguna Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).


Namun terdapat gangguan yang sepatutnya boleh dielakkan sebagaimana yang terjadi diloji kumbahan Indah Water Konsortium (IWK) di Rawang baru-baru ini.


Menurut Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor, Hee Loy Sian, gangguan yang berlaku di loji itu bukan akibat kelemahan kerajaan Selangor atau Air Selangor serta Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bertindak.


Sebaliknya kerana kelemahan komunikasi antara Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) di bawah Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri.


Kata Hee, pegawai SPAN dimasukkan ke dalam kumpulan WhatsApp bersama pegawai LUAS, Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan juga Pihak Berkuasa Tempatan. Namun agensi Kerajaan Persekutuan itu gagal memaklumkan pencemaran yang dikesan pada 4 November di loji IWK, Rawang kepada agensi Kerajaan Negeri.


Malah surat yang dikatakan telah dihantar kepada Majlis Perbandaran Selayang untuk tindakan pencegahan pencemaran hanya diterima pada 13 November selepas 3 hari berlaku ketirisan bahan cemar dari loji IWK Taman Velox, Rawang.


Kelemahan seperti itu tidak sepatutnya terjadi dalam keadaan agensi Kerajaan Persekutuan telah mempunyai medium perhubungan yang sesuai untuk memberi amaran awal kepada agensi Kerajaan Negeri.


Selepas lawatan Hee ke loji IWK tersebut, pencemaran diatasi dalam masa singkat. Namun kerosakan imej Kerajaan Negeri amat besar disebabkan kelalaian pihak lain.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER