top of page

Pencapaian pembangkang PN 'merapu' dalam setahun - Lokman



Pasca Kerajaan Perpaduan merayakan pencapaian setahun memerintah pada minggu lalu, rakyat tertanya tanya apakah pula pencapaian pembangkang PN sepanjang tempoh yang sama.


Bagi Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, sepanjang 2023 PN dilihat hanya mempunyai satu matlamat iaitu menjatuhkan kerajaan dan tidak menyumbang kepada sebarang praktik semak dan imbang mengawasi kerajaan sebagaimana tugas hakiki pembangkang.


Katanya sebagai pembangkang, PN seharusnya mempunyai kabinet bayangan untuk mengkritik kerajaan.


"Dalam tempoh mereka bergelar pembangkang dan enggan untuk bekerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, sepatutnya mereka terima hakikat dan move on.


"Tetapi mereka tak boleh terima hakikat. Kalau mereka terima hakikat sudah pasti mereka akan fokus buat kabinet bayangan


"Misalnya setiap Ahli Parlimen akan mark menteri, katakan jaga komunikasi dia akan mark apa Fahmi buat. Kalau mereka ada kabinet bayangan jaga MITI, maka dia akan jaga Tengku Zafrul buat," katanya dalam siaran langsung Facebook malam tadi.


Sebaliknya kata Lokman, PN hanya mengulang ulang teori dan tarikh untuk tumbangnya Kerajaan Perpaduan.


Apabila tidak berlaku perubahan pada tarikh yang dinyatakan maka mereka mencetuskan naratif baharu dan tarikh lain pula.


"Ini menjadi fokus mereka selepas Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Mereka yakin nak turunkan kerajaan melalui pilihanraya 6 negeri (PRN). Selepas PRN, mereka fokus pula berpolitik nak rampas kerusi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai dan Simpang Jeram untuk tukar kerajaan. Kemudian nak rampas DUN Pelangai untuk tukar Kerajaan Negeri Pahang.


"Di PRK Kemaman pun perkara yang sama berlaku. Mereka kata mahu angkat (calon Kemaman) Samsuri sebagai PM. Semua usaha ke arah untuk menukar kerajaan. Kalau ikut Hj Hadi, menjadi kerengga menebuk atap," katanya.


Akhirnya, kata Lokman, Ahli Parlimen PN sendiri berasa bosan dengan hala tuju pembangkang yang tidak jelas lalu 5 orang di antaranya menyatakan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibtrahim.


Tegas Lokman, untuk menjadi pembangkang yang berkesan dan diyakini menuju PRU ke 16 kelak seharusnya PN menumpukan tugas sebagai pembangkang hakiki dan menghentikan naratif menukar kerajaan.


"(Hakikatnya) kerajaan kita semakin kuat semenjak mereka guna Syed Saddiq (Ahli Parlimen Muar) untuk tarik sokongan dari PMX, kemudian bala pula yang menimpa. Contohnya dulu kita ada 148 kerusi, mereka pujuk Syed Saddiq (keluar kerajaan) kita tinggal 147, lepas itu 5 Ahli Parlimen PN pula sokongan PMX.


"Hari ini Syed Abu Hussin Ahli Parlimen Bukit Gantang kata ada 8 orang pemimpin PN bila bila masa akan berikan sokongan kepada PMX.


"Makin hari makin (PN) lose ground. Sepatutnya mereka move on dan menjadi pembangkang yang berintegriti dan berwibawa," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page