top of page

Pencapaian ekonomi, pelaburan bukti kemampuan PM Anwar terajui negara

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 1 min read

Pencapaian Kerajaan MADANI menarik pelaburan, memperkukuh ekonomi dan meningkatkan semula nilai ringgit mencerminkan keupayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerajui pentadbiran negara.


Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Azman Abidin (gambar) berpandangan, pencapaian berkenaan menjadi asas kukuh untuk Datuk Seri Anwar diberi peluang meneruskan kepimpinannya.


"Kita lihat prestasi, tak ada orang yang boleh menidakkan kemampuan Perdana Menteri. Kita tahu daripada segi pelaburan, ekonomi dan mata wang, kita dapat lihat bahawa ini diakui, diiktiraf semua pihak.


"Insya-Allah, kita yakin dan percaya pada Pilihan Raya Umum yang akan datang, rakyat bijak membuat keputusan," katanya dipetik laporan media.


Azman ditemui selepas merasmikan Program Komuniti STEM Adventure 2.0 2026 di Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bandar Tun Razak di Kuala Lumpur pada Rabu.


Sementara itu tambahnya, pentadbiran Perdana Menteri akan terus berusaha memastikan pencapaian ekonomi diterjemahkan kepada manfaat yang lebih dirasai rakyat.


Beliau turut menjangkakan, beberapa pengumuman kerajaan menjelang sambutan Hari Kebangsaan, Hari Malaysia dan Belanjawan 2027 akan memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat.


"Kita sedang berusaha melihat mana lagi yang kurang dan apa lagi kelemahan yang perlu diperbaiki untuk memastikan dan meyakinkan rakyat bahawa kemampuan serta prestasi ini penting," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page