top of page

“Penasihat dah ada, calon PM belum”, bukti pembangkang kucar kacir

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 19
  • 1 min read

ree

Kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa beliau tidak mahu kembali menjadi Perdana Menteri untuk kali ke-3 sekiranya Perikatan Nasional (PN) mengambil alih pentadbiran negara menimbulkan persoalan besar, siapakah calon PN yang layak mengetuai kerajaan?


Ketua Cabang KEADILAN Paya Besar, Wan Fauzuldin Wan Samad (gambar) berkata, kenyataan Mahathir itu tidak mengejutkan, memandangkan bekas Perdana Menteri itu mengalami kekalahan memalukan di Parlimen Langkawi pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.


"Kita semua maklum, takkanlah bekas Perdana Menteri selama 22 tahun dan 22 bulan yang hilang deposit di Langkawi itu mahu dinamakan semula sebagai calon Perdana Menteri," katanya menerusi satu hantaran di Facebook.


Mahathir dalam satu perhimpunan di Stadium Sultan Abdul Halim, Suka Menanti pada Khamis berkata beliau “sudah tua”. Namun, beliau menyatakan kesediaan untuk menjadi penasihat sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan.


Ketua Panel Penasihat Sidang Kemuncak Kerajaan Empat Negeri (SG4) yang ditadbir Pas – iaitu Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis itu di hadapan penyokongnya berkata, 'kalau PN (kembali) memerintah, kita akan tumpu untuk kurangkan kemiskinan'.


"Tun kini merupakan Penasihat SG4 bagi empat negeri di bawah pentadbiran Pas.


"Jika empat negeri ini pun Tun gagal angkat untuk bersaing dengan beberapa negeri di bawah Kerajaan Perpaduan, logikkah Tun akan mampu mengangkat martabat dan ekonomi negara?" soal Wan Fauzuldin.


Menerusi hantaran itu Wan Fauzuldin juga mempersoal hala tuju politik 'kucar kacir' pembangkang yang menuntut Datuk Seri Anwar Ibrahim meletakkan jawatan - sedangkan sehingga kini mereka sendiri masih gagal menamakan seorang calon Perdana Menteri yang boleh memberi keyakinan kepada rakyat.


"Demonstrasi seperti ‘Turun Anwar’ yang dirancang pembangkang adalah usaha sia-sia


"Kesian rakyat diheret pemimpin-pemimpin politik yang tiada hala tuju, yang bimbang akan nasib mereka jika Anwar terus menjadi PM," tegasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page