top of page

Penantian 10 tahun berakhir, titi laluan utama penduduk dibaikpulih

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • Dec 29, 2023
  • 1 min read


Penantian selama 10 tahun penduduk Kampung Bakar Bata berakhir tahun ini apabila titi laluan ke kampung mereka dibaik pulih dan dibina penghadang besi.


Menurut Ahli Parlimen Sungai Petani, Dr Taufiq Johari (gambar, berbaju biru cair) yang mengusahakan peruntukan itu, dengan digantinya titi yang telah uzur tersebut maka penduduk lebih mudah berurusan ke kampung sebelah atau ke pekan.


"Titi di Kampung Bakar Bata ni jadi tempat laluan orang ramai. Motor, kereta, basikal, budak-budak bermain lalu di sini.


"Keselamatan semua menjadi keutamaan saya.


"Saya hari ini memantau kerja naiktaraf titi dan bagi penghadang besi untuk keselamatan semua," katanya.


Selain itu, kerja baikpulih dan pelebaran parit juga diluluskan oleh kerajaan pusat.

Sehubungan itu, Dr Taufiq bersama ADUN Bakar Arang, Adam Loh turun padang baru baru ini meninjau perkembangan kedua-dua projek tersebut.


Dr Taufiq berharap kerja kerja di tali air tersebut disiapkan secepat mungkin bagi memberi keselesaan kepada penduduk.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page