Penangguhan siasatan kes rogol satu penganiayaan

Updated: Aug 13


Ketua Wanita KEADILAN Perak, Junaida Jamaludin mendakwa kes rogol melibatkan dua orang rakan pegawai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan industri MITI yang turut terlibat merupakan satu penganiayaan.


Beliau berkata, kes tersebut ditangguhkan terlalu lama selepas laporan polis dibuat sejak 9 bulan lalu.


"9 bulan bukanlah waktu yang pendek bagi mangsa. Pastinya pelbagai kesengsaraan dan kesulitan yang telah dan sedang beliau lalui. Menangguhkan siasatan sepanjang tempoh tersebut benar-benar menganiaya serta menzalimi mangsa.


"Pihak PDRM digesa bagi menjalankan siasatan segera agar keselamatan dan nasib mangsa dibela. Tertuduh wajar disiasat di bawah seksyen 375 dan 376 kanun keseksaan di atas jenayah rogol.


"Hukuman bagi kesalahan merogol adalah amat berat iaitu hukuman maksimum sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat. Justeru kesalahan merogol adalah kesalahan serius yang mana perlu didahulukan dan dipercepatkan siasatan.


"Saya menyeru juga motto 'polis dan masyarakat' berpisah tiada dibuktikan dan krisis kepercayaan rakyat terhadap PDRM wajar dipulihkan," katanya.


Tambahnya, menangguhkan siasatan memberi tanggapan kepada rakyat bahawa pihak PDRM membuat siasatan terpilih dan cuba melindungi orang tertentu.


"Sebagai rakyat yang mempercayai institusi kepolisan, saya menggesa siasatan yang segera dan tuntas terhadap laporan mangsa dilakukan dan pesalah wajib didakwa," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
19198
292
20980
Total
1,979,698
20,711
1,721,710

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
349,788
5,246
372,363
Total
225,423,690
4,643,538
200,274,221

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER