top of page

Penambahan guru disiplin, kaunserling penting dalam pendidikan era digital

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 day ago
  • 2 min read
ree

Oleh: Akmal Manaf


Penambahan lantikan guru saban tahun sejak 2023 sewajarnya membuka pertimbangan baharu untuk menambah posisi guru disiplin dan kaunserling di sekolah.


Hal tersebut penting bagi memastikan pembinaan karakter pelajar yang seimbang dengan cabaran era digital, yang mana pelajar menghabiskan lebih banyak masa bersama gajet dan terpengaruh dengan keganasan di alam siber, terutama permainan yang boleh diakses melalui telefon bimbit.


Pengarah Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan (gambar) berkata, keperluan menambah guru disiplin dan kaunseling perlu dilakukan dan kerajaan juga seharusnya mempertimbangkan pengenalan pendidikan keibubapaan (parenting skill) kerana kaedah lama mendidik anak anak tidak lagi sesuai dengan era digtal.


"Kemahiran keibubapaan juga perlu diberikan perhatian.


"Ia perlu menjurus ke arah pengukuhan kerjasama antara guru dan ibu bapa," katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.


Beliau diminta mengulas keperluan menambah bilangan guru disiplin dan kaunseling susulan isu disiplin pelajar yang semakin membimbangkan di banyak sekolah rendah dan menengah serta peranan ibu bapa dalam menanganinya.


Dalam pada itu, Amidi menyifatkan pencapaian Kerajaan MADANI dalam pengisian jawatan guru sehingga melebihi 90 peratus, merupakan sesuatu yang bersejarah sekaligus menggambarkan kesungguhan luar biasa ditunjukkan pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).


Beliau yang juga mantan guru berkata, pencapaian memberangsangkan itu belum pernah dicapai oleh mana-mana Perdana Menteri sebelum ini.


"Ia adalah hasil daripada kekukuhan ekonomi, pengurusan dan tatakelola pentadbiran yang baik. Hasil negara dapat dimanfaatkan oleh rakyat.


"Diharapkan ia mampu melonjakkan pendidikan negara ke tahap yang lebih tinggi," katanya lagi.


Untuk rekod, kesungguhan yang ditunjukkan Kerajaan MADANI dalam menangani isu kekurangan tenaga pengajar, terus menunjukkan hasil positif apabila seramai 52,948 guru baharu telah ditempatkan di sekolah-sekolah seluruh negara sejak tahun 2023 hingga kini.


Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang juga Ketua Wanita KEADILAN dipuji banyak pihak kerana berjaya menyelesaikan masalah kekurangan guru yang telah berlarutan selama sedekad.


Pada tahun 2023, seramai 18,792 guru baharu telah ditempatkan di seluruh negara, diikuti 13,983 pada 2024 dan 20,173 pada tahun ini.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page