top of page

Penamaan calon selesai, kempen PRU 15 bermula



Selesainya proses penamaan calon pagi tadi menandakan proses kempen Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 bermula.


Pengarusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim terus berkempen ke daerah mengundi Klebang, Tambun usai proses penamaan calon untuk bertemu masyarakat India di sana.


Dalam ucapannya, Anwar berharap pengundi masyarakat India tidak lagi setia kepada MIC dan BN yang telah sekian lama diberi peluang memerintah negara namun tidak banyak masalah yang mereka selesaikan.


"Kita minta kawan kawan tolong. Saya dalam KEADILAN bukan macam Bersatu, itu parti Melayu, kemudian parti Islam, kemudian Umno, banyak masalah (tidak selesai).


"Kita kata, masa hadapan Malaysia ialah mesti jaga Melayu, Cina, India. Semua anak anak kita.


"Kita sudah beri peluang Umno, MIC, sudah bagi peluang Bersatu Pas tetapi negeri susah. Orang gaduh lagi," katanya


Beliau bertanya adakah barang keperluan naik? Adakah gaji naik? Kalau keadaan susah untuk apa terus sokong BN - PN.



Di parlimen Bandar Tun Razak, calonnya Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail berharap rakyat akan memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan beliau akan mencuba sedaya upaya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh warga di parlimen berkenaan.


"Saya menawarkan diri untuk menjadi Ahli Parlimen Bandar Tun Razak.


"Saya dah round sini, tahu ada masalah terutama di bandar dan kita akan fikirkan bagaimana untuk menyelesaikannya.


"Kita akan cuba," katanya.


Kak Wan akan menghadapi persaingan 3 penjuru melawan Datuk Chew Yin Keen (BN) dan Datuk Kamaruddin Jaffar (PN)



Tumpuan juga terarah ke parlimen Hang Tuah Jaya yang mana Ketua Angkatan Muda KEADILAN Malaysia, Adam Adli Abdul Halim bertanding di kawasan tersebut bagi mempertahankan kerusi parlimen yang dimenangi KEADILAN sejak PRU 2013.


Adam Adli berhadapan dengan Sheikh Ikhzan (Pejuang), Ridhwan Ali (BN) dan Azrudin Md Idris (PN)



Di parlimen Lembah Pantai pula, Ketua Penerangan KEADILAN Malaysia, Fahmi Fadzil disahkan pencalonannya untuk mempertahankan kerusi bagi penggal kedua selepas berjaya memenangi kawasan tersebut pada PRU 2018 lalu.


Fahmi akan menentang Dr Asmah dari Pejuang, Fauzi Abu Bakar dari PN, dan Ramlan Askolani dari BN.



Manakala giant killer yang pernah menewaskan tokoh Umno Tun Ali Rustam di Melaka, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin akan cuba menumbangkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi di kerusi Bagan Datuk yang disandang pemimpin Umno itu sejak enam penggal.


"Saya cukup bersemangat sebab saya tahu pengundi sudah bosan dengan penyandang Bagan Datuk.


"Ini jihad saya mewakili rakyat Malaysia," kata Shamsul dipetik.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page